Grafik: Scott T. Peterson |
Sambil saya mempelajari untuk menulis bab mengenai perlengkapan senjata Allah untuk buku saya Silence Satan, Tuhan menunjukkan saya mengenai sesuatu yang secara radikal mengubah cara pendekatan saya terhadapnya.
Dalam Efesus 6, Paulus mengarahkan, "Kenakanlah seluruh perlengkapan senjata Allah, supaya kamu
dapat bertahan melawan tipu muslihat Iblis" (ayat 11). Kemudian dia menjelaskan punca pergumulan kita: "kerana perjuangan kita bukanlah melawan darah dan daging,
tetapi melawan pemerintah-pemerintah, melawan penguasa-penguasa, melawan
penghulu-penghulu dunia yang gelap ini, melawan roh-roh jahat di udara" (ayat 12).
Kemudian dia menyatakan, "Sebab itu ambillah seluruh perlengkapan senjata Allah,
supaya kamu dapat mengadakan perlawanan pada hari yang jahat itu dan tetap
berdiri, sesudah kamu menyelesaikan segala sesuatu. Jadi berdirilah tegap,
berikatpinggangkan kebenaran dan berbajuzirahkan keadilan." (ayat 13-14).
Pernyataan Baru
Saya memperhatikan bahawa dalam hanya lima ayat, Paulus telah menggunakan perkataan "stand" (berdiri) sebanyak lima kali. Kemudian Tuhan menunjukkan sesuatu yang sungguh mengubahkan kepada saya: "Perlengkapan senjata itu bukan dimaksudkan untuk bertempur dengan Iblis yang sudah kalah, tetapi untuk berdiri dalam kemenangan di dalam Dia yang telah menggalahkannya!" Pernyataan yang ringkas ini mengubah seluruh rancangan saya untuk bab yang saya ingin tulis.
Tiba-tiba saya melihat bahawa Paulus menggunakan konteks perlengkapan senjata seorang askar Rum untuk mengaitkan dengan kuasa yang setiap kita miliki sebagai orang yang diperlengkapi "dalam Kristus". Menakjubkan sekali setiap daripada enam peralatan dalam perlengkapan senjata itu adalah kesemuanya kepunyaan kita - bukan untuk berlawan untuk apa yang kita tidak miliki, tetapi untuk membantu kita berdiri dalam apa yang kita sudah miliki dalam Kristus.
Marilah kita perhatikan.
6 Peralatan dalam Perlengkapan Senjata
Ikat Pinggang Kebenaran |
Ikat pinggang adalah kepingan kulit yang tebal yang diikat keliling pinggang seorang askar. Paulus kemungkinan menyebut ini terlebih dahulu kerana ianya adalah sesuatu yang asas - ikat pinggang adalah tempat di mana kebanyakan senjata diletakkan. Kemudian dia mengaitkannya dengan kebenaran yang kita miliki dalam Kristus. Yakni mengenali kebenaran mengenai siapa diri kita dan apa yang kita miliki di dalam-Nya adalah asas untuk kemenangan.
Baju Zirah Keadilan |
Baju zirah adalah kepingan besi berlapis yang cantik yang dipakai di bahagian atas tubuh, melindungi organ-organ penting seorang askar. Paulus mengumpamakan ini kepada keadilan yang kita miliki dalam Kristus, yang melindungi bahagian paling penting mengenai kita - identiti kita di dalam-Nya. (Keadilan/Righteousness ini merujuk kepada kedudukan kita yang benar dan dilayakkan oleh darah Yesus).
Kasut Injil Damai Sejahtera |
Kasut adalah diperbuat daripada tapak kulit dengan pelapik-pelapik yang diikat sampai ke buku lali. Di bahagian bawah tapaknya terdapat ketulan batu - stud - untuk membantu askar itu berdiri teguh pada kedudukannya. Dalam Kristus, kita memiliki kasut damai, yang membantu kita berdiri tenang dan teguh di tengah-tengah kesukaran dan pencubaan.
Perisai Iman |
Perisai adalah bahagian yang terbesar dan paling dapat digerakkan. Ianya melindungi askar daripada lembing yang dilontar dan pedang dalam pertempuran. Paulus membandingkan ini kepada iman kita dalam Kristus, yang mana apabila diangkatkan, melindungi kita dengan keyakinan yang tidak tergoyahkan bahawa Tuhan telah melindungi kita dari segala ancaman!
Ketopong Keselamatan |
Ketopong melindungi daripada kecederaan paling berbahaya di medan pertempuran - kecederaan di kepala. Dalam Kristus, kita memiliki ketopong keselamatan, yang melindungi akal kita dengan pemikiran keselamatan: pemikiran-pemikiran yang benar, yang mulia, yang suci, yang manis, yang disebut kebajikan dan patut dipuji (Filipus 4:8).
Pedang Roh |
Bukankah ini menakjubkan? Sebagai seorang yang "di dalam Kristus," anda sudahpun memiliki perlengkapan senjata Allah, yang merupakan perlengkapan Yesus. Ya. dalam Kristus anda memiliki kebenaran, keadilan, damai, iman, keselamatan dan Firman-Nya untuk membantu membisukan Iblis. Sekarang berdirilah di dalamnya!
Klik untuk videonya: "What You Never Knew About The Armor Of God" oleh Kyle Winkler.
(Diterjemahkan oleh SDP daripada artikel Charisma Magazine bertajuk, "This One Word Changed Everything You Thought About The Armor Of God" yang ditulis oleh Kyle Winkler bertarikh 31 Januari 2017)