Khamis, 2 Februari 2017

Tahukah Anda... Facebook Kini Mempunyai Hampir 1.9 Bilion Pengguna Aktif Di Dunia?


Mark Zuckerberg, pengasas dan pengerusi Facebook telah membuat catitan ini dalam laman Facebook peribadinya semalam:

"Kami baru saja mengumumkan hasil kajian suku tahunan kami dan memberi laporan terkini mengenai kemajuan kami membina suatu komuniti global. 

Komuniti kami kini ada hampir 1.9 bilion orang, termasuk 1.2 bilion orang yang aktif setiap hari. Lebih daripada 65 juta perniagaan kecil menggunakan Facebook untuk berhubung dengan pelanggan-pelanggan mereka. 

Fokus terbesar kami adalah untuk terus mengutamakan kemudahan video dalam rangkaian applikasi kami. Lebih daripada 150 juta orang kini menggunakan Instagram Stories setiap hari. Kami telah melancarkan kamera baru kami dalam Messenger dan juga sudah mula memperkenalkannya secara berperingkat di Facebook. 

Kami masih ada banyak kerja untuk dilakukan di masa depan sambil kami terus membina komuniti yang kita semua inginkan - yang bermaklumat, saling mendukung, selamat, dan kuasa untuk kebaikan di dunia. Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan ini untuk menghubungkan dunia." 

Dalam laporan yang sama, Zuckerberg juga memberikan maklumat mengenai penggunaan global untuk Instagram, WhatsApp dan Messenger, yang juga merupakan sebahagian daripada rangkaian applikasi mereka:




(Diterjemahkan daripada catitan Facebook Mark Zuckerberg bertarikh 1 Feb 2017)

Baca juga: Fakta-Fakta Menarik Mengenai Pengguna Facebook Di Malaysia