Isnin, 1 Mei 2017

Bintang Pornografi Yang Menjadi Pastor Bersaksi Bagaimana Dia Tinggalkan Industri Porno Selepas Mendapat 'Mesej Dari Tuhan'

Seorang pastor Kristian telah mengisahkan mengenai masa lampaunya yang bermasalah sebagai seorang bintang porno dan mendedahkan bahawa dia telah meninggalkan industri filem dewasa itu setelah mendapat mesej yang jelas daripada Tuhan. 

Crissy Outlaw, 41, dulunya adalah salah seorang wanita paling berjaya dalam industri filem dewasa, dan telah muncul dalam lebih daripada 50 filem dewasa di antara 2001 dan 2006 dan mendapatkan lebih daripada $15,000 sebulan pada kemuncak karir enam tahunnya.

Dia telah berkongsi dengan MailOnline bagaimana dia telah memasuki industri porno pada usia yang muda berikutan zaman kanak-kanak yang bermasalah di mana dia telah diganggu secara seksual oleh seorang jiran. Ibu bapanya telah bercerai, dan dia kebanyakan masanya tinggal bersama bapanya, yang selalu menegaskan kepadanya mengenai kesucian seks dan mengekalkan kedaraannya sehingga dia berkahwin. 

Crissy ketika berusia 7 tahun
"Saya tidak faham mengapa saya telah disentuh secara seksual begitu banyak kali, ianya membuat saya rasa celaru," kata Outlaw. "Mengapakah begitu mudah untuk orang menyentuh tubuh saya? Saya tidak dapat mengertinya sebagai seorang kanak-kanak. Saya berfikir ianya adalah sesuatu mengenai saya yang menyebabkannya berlaku. Saya tidak memberitahu ayah saya kerana saya tidak ada hubungan rapat dengannya, kerana dia seorang yang sukar bergaul. 

Akhirnya, Outlaw berpindah untuk tinggal bersama ibunya, dan menjadi hamil pada usia 17 tahun selepas kehilangan daranya. Bagaimanapun, apabila dia ditinggalkan selepas mengandung lebih 28 minggu oleh lelaki yang ingin dikahwininya, dia rasa terdesak untuk menggugurkan kandungannya. 

"Saya dalam keadaan sedar dan tahu segala-galanya yang terjadi semasa pengguguran itu dan hati saya hancur sementara nyawa bayi itu disedut keluar dari saya," dia mengingati. "Ianya teruk sekali... sekolah saya mengetahui mengenai pengguguran saya dan saya kehilangan semua kawan-kawan. Itu adalah salah satu perkara paling traumatik yang telah terjadi."

Dengan keyakinan dirinya pada tahap paling rendah, Outlaw menjadi murung dan berusaha mencari kebahagiaan melalui perhubungan dengan lelaki. Dia mendedahkan bahawa seorang teman lelaki yang ketagih kepada filem-filem dewasa, telah merogolnya beberapa kali dan memaksanya untuk menjalani pengguguran berulang kali. 

"Saya tidak pernah merasa diri cukup baik untuk lelaki-lelaki yang saya berpacar dengan," katanya. "Saya tidak merasa cantik kerana mereka menonton porno semasa mengadakan seks dengan saya. Saya berfikir, adakah saya tidak cukup baik bagi kamu sehingga kamu tidak boleh melihat hanya saya? Saya rasa tidak berharga sehingga pada satu tahap saya memilih porno dan berkata, "Satu hari nanti saya akan jadi salah satu daripada perempuan yang kamu tonton di skrin."

Setelah memuatkan fotonya di sebuah laman web yang mengiklankan model, Outlaw dengan cepat meningkat dalam kejayaan sebagai seorang bintang porno. Dalam karir enam tahunnya, dia telah menjadi model untuk Playboy dan juga telah memulakan laman webnya sendiri, yang telah membawakannya lebih $15,000 sebulan. 

"Saya boleh mendapatkan jumlah wang yang tidak terbatas," katanya.

Meskipun gaya hidupnya penuh glamour, Outlaw merasa kosong dalam dirinya. Pada suatu malam dia rebah ke lantai dan menangis lalu berseru kepada Tuhan, dengan penuh kehancuran kerana perhubungan-perhubungannya dan tidak tahu ke mana lagi untuk mendapat pertolongan. 

"Saya rebah ke lantai dan berkata, 'Tuhan, jika Engkau benar wujud, aku perlu Engkau memberitahu aku. Aku perlukan satu tanda sebab segala yang aku tahu tentang cinta tidak betul. Aku perlu merasakan Engkau dalam hidupku sebab aku tidak pernah merasakan Engkau sejak aku berusia 11 tahun,' dan saya terus berbaring di lantai," katanya.

Pada hari berikutnya, ketika melawat teman lelakinya di tapak perfileman di Albuquerque, New Mexico, Outlaw merasa hairan apabila ada seorang lelaki bernama Chris enggan melihat sebuah foto separuh bogel isteri seorang kru yang sedang diedarkan dari seorang ke seorang. 

Selepas bercakap dengan Chris dan mengakui dirinya bintang porno, Outlaw mendapat tahu bahawa teman lelakinya sudah pun memberitahu semua orang dan menunjukkan foto-foto bogelnya kepada ahli-ahli kru. 

Chris tidak ingin memalukannya, sebaliknya menanyakannya, "Kamu kenalkah Yesus?"

Outlaw terkejut: "Saya mula menangis apabila dia menanya saya jika saya ingin menyerahkan semula hidup saya," dia mengingat kembali. "Saya berkata ya. [Selepas itu], saya tidak lagi membuat penggambaran dan berhenti menerima pendapatan daripada pornografi."

Selepas memeluk Kristian, kehidupan Outlaw mengalami perubahan drastik. Dia berkata mengenai bagaimana dia akan mengoyakkan cek-cek yang dikirim kepadanya dan juga meminta laman webnya diturunkan. Dia mula mengunjungi seorang pakar terapi dan menghadiri sebuah gereja tempatan. Di situ dia telah bertemu dengan bakal suaminya - Lawton Outlaw - yang menjadi pastor muda-mudi pada ketika itu.

Mereka berdua telah berkahwin pada Mei 2013, dan Outlaw kini menjelajah di sekeliling negara untuk memberitahu orang lain mengenai pengalamannya.

"Saya telah melakukan banyak kesilapan tetapi menceburi porno adalah antara kesilapan yang terbesar," katanya. "Kesilapan itu ada di luar sana selamanya tetapi saya telah berdamai dengan diri sendiri dan siapa saya yang telah diciptakan Tuhan."

(Diterjemahkan oleh SDP daripada artikel The Gospel Herald bertajuk, "Porn Star-Turned-Pastor Shares How She Quit Adult Film Industry After 'Mesage From God'" yang ditulis oleh Leah Marieann Klett bertarikh 25 April 2017)