Sidang akhbar kumpulan persatuan sivil, Citizen's Action Group on Enforced Disapperance (Caged) (Foto Malaysiakini, 5 Mei 2017) |
KUALA LUMPUR: Satu persatuan kumpulan sivil yang baru ditubuhkan hari ini menggesa kerajaan untuk lebih telus mengenai siasatan ke atas "kehilangan yang dirancang" empat orang dan juga untuk menjelaskan samada mana-mana badan yang disokong kerajaan terlibat dalam jenayah ini.
Kumpulan Citizen's Action Group on Enforced Disappearance" (Caged) mempersoalkan samada kerajaan terlibat dalam penculikan Pastor Raymond Koh dan aktivis Perlis, Amri Che Mat, dan kehilangan Pastor Joshua Hilmy dan isterinya Ruth.
"Kami tidak akan membisu. Kami akan berterusan mempersoalkan kehilangan mereka," kata jurucakap Caged, Thomas Fann.
"Jika kerajaan tidak terlibat, sila beritahu kami dengan jelas dan tanpa keraguan dan kami akan bersedia membantu mencari kumpulan tidak sah ini yang begitu profesional dalam melarikan orang," dia memberitahu wartawan di pelancaran Caged.
Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar sebelum ini telah memberitahu mereka yang membangkitkan persoalan mengenai kes-kes itu untuk berdiam supaya tidak menjejaskan siasatan.
Aktivis hak sivil, Rama Ramanathan berkata modus operandi (cara operasi) penculik-penculik Koh adalah sama dengan yang digunakan oleh pasukan tindakan khas kerajaan, oleh sebab itulah kerajaan perlu berterus terang mengenai isu ini.
"Orang-orang yang bekas anggota unit tindakan khas yang telah melihat video ini secara asasnya mengatakan bahawa ini merupakan penculikan yang dilaksanakan dengan begitu profesional sekali dan mereka berkata bahawa modus operandi (cara operasi) yang digunakan begitu sama dengan MO (cara operasi) yang digunakan oleh kerajaan apabila mereka memilih untuk melarikan seseorang," katanya merujuk kepada video penculikan Koh.
"Orang ramai katakan bahawa jika penculik-penculik itu gunakan teknik yang sama betul dengan yang digunakan oleh pasukan tindakan khas kita, mengapakah kita tidak harus percaya bahawa itu adalah penculikan yang dianjurkan oleh kerajaan?" tambahnya.
"Ianya mengambil tujuh kenderaan, 14 orang, dan cuma 40 saat untuk satu kumpulan yang terlatih untuk melaksanakan kerja mereka. Ini adalah keadaannya di Malaysia sekarang. Orang ramai sedang mengaitkannya dan kerajaan kita tidak pun dapat tampil ke hadapan dan memberi jaminan bahawa kumpulan itu sudah ditangkap dan bahawa ini tidak akan berlaku lagi," kata Rama.

Artikel 2 Konvensyen Antarabangsa Bangsa-Bangsa Bersatu mendefinisikan "Enforced Disappearance" (Kehilangan Yang Dirancang) sebagai penangkapan, penahanan, penculikan atau apa pun jenis pengekangan kebebasan oleh wakil-wakil Kerajaan, atau peribadi-peribadi atau kumpulan-kumpulan orang yang bertindak dengan kuatkuasa, sokongan dan persetujuan Kerajaan, yang diikuti dengan keengganan untuk mengakui pengekangan kebebasan atau dengan penyembunyian akan keadaan dan lokasi orang yang telah hilang itu, yang meletakkan orang itu di luar perlindungan undang-undang.
Pengarah eksekutif Suaram, Seven Doraisamy berkata kerajaan dan polis harus berhubungan dengan persatuan-persatuan sivil dan memberi mereka berita terbaru.
"Kami mahu tahu apa yang sedang berlaku. Ini baik untuk kerajaan dan polis untuk berhubungan dengan persatuan-persatuan sivil, tetapi mereka tidak berbuat demikian, oleh itu kami tidak ada pilihan selain berhubung dengan media,' katanya.
Dia mengatakan bahawa pihak berkuasa memberi berita terbaru hampir setiap hari dalam kes Kim Jong Nam dari Korea Utara, yang telah dibunuh di KLIA2, hari yang sama Koh diculik.
Caged didukung oleh 48 persatuan sivil, termasuk Amnesty, Komas dan Suaram. Caged akan bertindak sebagai penyelaras untuk kumpulan-kumpulan di sekeliling negara yang ingin mengadakan acara berjaga-jaga berlilin untuk orang-orang yang hilang itu.
"Tidak kira samada gereja, masjid, tokong, kuil, atau persatuan sivil. Kami menyelaraskan kumpulan-kumpulan yang ingin terus memperingatkan mengenai mereka, di sekeliling negara."
"Kami juga akan memimpin acara di Dataran Merdeka pada Sabtu terakhir setiap bulan," kata Thomas.
Turut hadir di majlis pelancaran Caged adalah isteri Koh, Susanna Liew Sow Yoke, dan kawan Asri, Mahmod Alkaf, yang bekerja bersamanya di Perlis Hope, sebuah pertubuhan kebajikan.
"Setakat ini kita belum mendengar mengenai petunjuk yang penting. Kita perlu sedarkan diri dan bangkit sebab perkara seperti ini tidak pernah difikirkan boleh berlaku di Malaysia.
"Ianya tidak sepatutnya bahawa nyawa mereka (mangsa-mangsa itu) boleh dicabut begitu sahaja, tanpa ada kesempatan membela diri. Saya berdiri dalam solidariti dengan kumpulan-kumpulan persatuan sivil yang sedang memperjuangkan hak-hak kita; kita memiliki hak sebagai warganegara," kata Susanna.
Mahmod berkata ianya amat penting untuk bersuara mengenai penculikan-penculikan itu sebab sesiapapun boleh menjadi mangsa yang seterusnya.
"Pihak berkuasa mesti menjawab secara profesional; jangan menyembunyikan apa-apa sebab kita sedang mengatakan mengenai isu keselamatan di sini. Sesiapa saja dan pada bila-bila masa saja boleh dilarikan dengan cara yang sama.
"Kami mahu jawapan yang positif daripada kerajaan. Ini adalah pendirian Perlis Hope. Kami berdiri bersama dengan saudara-saudara kami di sini," kata Mahmod.
Untuk membantu keluarga mangsa-mangsa yang memerlukan bantuan untuk membangkitkan kesedaran mengenai keadaan mereka dan untuk mendapatkan keadilan, Caged telah melancarkan nombor talian khas dan emel - 01124244877/caged,helpline@gmail.com
(Dipetik dan diterjemah daripada artikel Berita Daily bertajuk, "Clear The Air On Abductions, Govt Told" yang ditulis oleh S Neesha bertarikh 5 Mei 2017)