Isnin, 17 Julai 2017

Data Kerajaan Tunjuk Peratusan Bangsa Cina Di Malaysia Makin Berkurang


KUALA LUMPUR, 15 Julai - Peratusan masyarakat Cina dalam populasi tempatan telah jatuh lagi ke 23.2 peratus untuk tahun ini, Jabatan Statistik Malaysia telah memaklumkan.

Ketua statistik Malaysia, Mohd Uzir Mahidin juga berkata bahawa peratusan masyarakat Bumiputera telah mengalami peningkatan, sambil menyatakan bahawa tidak ada perubahan untuk kumpulan bangsa yang lain. 

"Pada 2017, Bumiputera telah mencatat pertambahan 0,2 peratusan berbandimg 2016, yang mana telah merupakan 68.8 peratus jumlah penduduk warganegara.

"Bagaimanapun bangsa Cina telah jatuh 0.2 peratus ke 23.2 peratus, manakala bangsa India dan lain-lain kekal dengan 7.0 peratus dan 1.0 peratus masing-masing berbanding dengan 2016," dia berkata dalam satu kenyataan semalam untuk anggaran masa kini populasi 2016-1017. 

Data jabatan itu diambil daripada anggaran populasi pertengahan tahun untuk tempoh 2016-2017 berdasarkan Banci Penduduk dan Perumahan 2010.

Jabatan itu telah mengatakan semalam bahawa populasi Malaysia dianggarkan telah bertumbuh sebanyak 1.3 peratus dari 31.6 juta pada 2016 ke anggaran 32 juta tahun ini.

Daripada jumlah populasi yang dianggarkan, 28.7 juta adalah warganegara, dan 3.3 juta adalah bukan warganegara.

Kedua-dua warganegara dan bukan warganegara telah mengalami kadar pertumbuhan populasi yang lebih rendah 1.1 peratus dan 2.9 peratus, berbanding dengan kadar pertumbuhan 2016 pada 1.2 peratus dan 3.3 peratus.

Timbalan Naib Canselor New Era University College, Voon Phin Keong percaya bahawa populasi bangsa Cina di Malaysia akan terus jatuh lagi dan akan jatuh sebanyak 20 peratus menjelang 2040, Sin Chew Daily melaporkan hari ini.

Dia berkata bahawa imigrasi bangsa-bangsa asing ke dalam negara ini juga telah menyumbang kepada pengurangan dalam peratusan populasi masyarakat Cina, sambil memberi contoh bagaimana masyarakat Cina di Sabah telah jatuh dari 23 peratus dalam populasi negeri itu pada 1963 ke lebih kurang 10 peratus pada masa kini oleh kerana kemasukan imigran.

(Diterjemah daripada artikel Malay Mail Online bertajuk "Government Data Shows Fewer Ethnic Chinese In 2017" yang bertarikh 15 Julai 2017)