Sabtu, 15 Julai 2017

Populasi Malaysia Dianggar 32 Juta Pada Tahun Ini


PUTRAJAYA: Populasi Malaysia dianggarkan 32 juta tahun ini, yang terdiri daripada 28.7 juta warganegara, dan yang selebihnya, bukan warganegara, menurut Jabatan Statistik.

Dalam satu kenyataan hari ini, ianya menyatakan bahawa populasi keseluruhan telah bertambah 1.3% dari 31.6 juta tahun lepas.

Ianya menyatakan bahawa tahun ini populasi lelaki masih mengatasi populasi perempuan dengan nisbah jantina untuk tempoh 2016-2017 kekal pada 107 lelaki kepada 100 perempuan.

Sementara itu peratusan populasi berusia 0-14 pada tahun ini menurun ke 24.1% dari 24.5% pada 2016.

Jabatan itu berkata peratusan populasi berusia 15-64 tahun telah bertambah dari 69.5% pada 2016 ke 69.7% pada tahun ini.

"Pertambahan populasi dalam kumpulan usia ini telah menyumbang kepada peningkatan usia purata (28.3 tahun)," ianya menyatakan.

Ia juga menambah bahawa anggaran populasi masa kini untuk tempoh 2016-2017, yang berdasarkan Banci Penduduk dan Perumahan 2010 (Banci 2010), mengambilkira tiga komponen utama perubahan populasi iaitu kelahiran, kematian dan migrasi.

(Diterjemahkan daripada artikel Free Malaysia Today bertajuk, "Malaysia's Population This Year Estimated At 32 Million" bertarikh 14 Julai 2017)