Ibu Teresa dari Kalkuta, India telah meninggal dunia sebagai tokoh yang dikenali dunia. Tetapi siapa yang akan menyangka dia akan mencapai tahap pengaruh seperti itu ketika dia baru bermula? Apakah yang dia miliki untuk mencalonkannya? Seorang wanita yang kecil, dia telah bermula dengan sumber yang paling sedikit. Ibu Teresa telah memberitahu rahib-rahib atasannya, "Saya ada tiga syiling dan satu impian dari Tuhan untuk membina rumah kanak-kanak yatim."
"Ibu Teresa," atasannya memberitahunya, "Kamu tak dapat membina rumah kanak-kanak yatim dengan tiga syiling... dengan tiga syiling kamu tak dapat buat apa pun."
"Saya tahu," katanya tersenyum, "tetapi dengan Tuhan dan tiga syiling saya dapat buat apa pun."
Ibu Teresa memahami prinsip benih. Ianya memerlukan sedikit sahaja tetapi sedikit sahaja yang diberkati oleh Tuhan dan mukjizat dapat terjadi. Ini, tentu saja seperti ajaran Yesus di tempat lain, bahawa iman yang hanya sebesar biji sesawi dapat menghasilkan pohon yang besar (Matius 17:20). Ini adalah aturan yang tetap dalam dunia ciptaan Tuhan.
(Diterjemahkan oleh SDP daripada catitan Facebook Kokkee Ng bertarikh 15 Julai 2017)