Pada pagi tadi saya telah memilih tema penampilan yang baru untuk blog ini di telefon bimbit (tapi tema untuk laptop / komputer masih yang sama). Kalau anda mengunjungi blog domba2domba hari ini dengan menggunakan telefon pintar, anda sudah pun melihat tema penampilan yang baru itu (seperti foto di atas).
Selepas beberapa tahun, saya rasa perlu memberi wajah baru di blog untuk para pengunjung yang menggunakan telefon pintar. Lebih-lebih lagi kerana majoriti pengunjung blog domba2domba menggunakan telefon pintar untuk melawat blog.
Inilah data yang diperolehi daripada Blogger untuk jumlah dan peratusan paparan halaman (pageview) mengikut sistem peroperasian bagi blog domba2domba dari 9 April 2011 ke 19 Julai 2017:
Jelas sekali dari data ini, telefon dan gajet yang menggunakan Android menduduki tempat teratas dengan 79% kunjungan (dari April 2011 ke Julai 2017) diikuti oleh Windows dengan 12% dan iPhone (5%) serta iPad (kurang 1%).
Adakah itu bermakna bahawa telefon pintar yang menggunakan sistem Android lebih banyak daripada telefon yang gunakan iOS Apple? Saya pernah memuatkan artikel bertajuk, "Android & iOS - Yang Mana Lebih Popular?" di mana didapati jualan sedunia untuk telefon Android jauh melebihi jualan telefon iPhone.
Angka-angka dari International Data Corporation (IDC)
menunjukkan bahawa Android memiliki penguasaan 82.8 peratus pasaran dunia
manakala iOS memiliki 13.9 peratus. Oleh itu tak hairanlah bahawa peratusan pengguna telefon Android yang melawat blog ini juga tinggi, menyerupai peratusan jualan Android sedunia.
Oh ya, sebelum saya lupa, bagaimana tema baru blog domba2domba di telefon pintar anda? Ok kah?
(Mungkin ada pembaca yang akan tanya apakah beza tema yang lama dengan tema yang baru, jadi saya muatkan di bawah tema yang dahulu dan tema yang baru).
Oh ya, sebelum saya lupa, bagaimana tema baru blog domba2domba di telefon pintar anda? Ok kah?
(Mungkin ada pembaca yang akan tanya apakah beza tema yang lama dengan tema yang baru, jadi saya muatkan di bawah tema yang dahulu dan tema yang baru).
Yang manakah lebih cantik? Yang manakah lebih mesra pengguna? Yang manakah anda lebih suka?