(Infografik diambil dari Malay Mail Online) |
KUCHING, 26 Feb - Mahkamah Persekutuan dijadualkan mendengar hari ini rayuan bersama empat warga Sarawak yang ingin tahu samada mahkamah sivil atau mahkamah Syariah negeri yang mempunyai bidang kuasa mengadili kes mereka untuk keluar dari Islam.
Pendengaran di mahkamah hari ini adalah sebahagian daripada pernantian bertahun-tahun oleh keempat orang itu yang hanya ingin kad pengenalan mereka dan rekod-rekod rasmi mereka untuk mencerminkan hakikat bahawa mereka kini mengamalkan agama Kristian.
Berikut maklumat ringkas keempat pemohon itu:
1. Jenny binti Peter, berbangsa Melanau, asalnya Kristian telah masuk Islam pada 2002 apabila berkahwin dengan Nazri bin Abdul Rahman. Selepas penceraiannya pada 2006, Jenny kembali ke agama Kristian dan mengamalkan agama Kristian dengan sungguh-sungguh.
2. Tiong Choo Ting, berbangsa Cina-Bidayuh asalnya Kristian telah masuk Islam pada 1996 untuk berkahwin dengan Siti Aishah binti Badahar. Dia telah kembali kepada Kristian selepas isterinya meninggal dunia pada 2007.
3. Salina Jau, berbangsa Kayan/Kenyah asalnya Kristian telah menjadi Muslim pada 1992 untuk berkahwin dengan Shazali bin Saleh. Selepas penceraiannya pada 2010, dia telah kembali kepada Kristian dan mengamalkan agama Kristian.
4. Syarifah Nooraffyzza binti Wan Hosen, berbangsa Melayu yang secara sukarela keluar Islam dan memeluk agama Kristian pada 2009.
Berikut infografik dari Malay Mail Online:
(Sumber: Artikel Malay Mail Online bertajuk, "Top Court To Hear Who Has Power To Decide Four Sarawakians' Conversions Out Of Islam" yang ditulis oleh Ida Lim bertarikh 26 Februari 2018)