Sabtu, 24 Februari 2018

Penemuan Tandatangan Nabi Yesaya Di Yerusalem


Ahli-ahli arkeologi percaya mereka telah menemukan bukti untuk nabi Perjanjian Lama, Yesaya. Bukan juga ada keraguan bahawa dia pernah hidup - lagi pun kita ada kitab 66 fasal dalam Alkitab yang diberikan namanya - tetapi penemuan itu menunjukkan kepentingannya dalam masyarakat Yerusalem abad ke-8 Sebelum Masihi. 

Ahli arkeologi, Eilat Mazar percaya bahawa dia telah menemukan tandatangan Yesaya pada sekeping tanah liat yang kecil. Tandatangan itu dipercayai datang dari kesan cop mohor dan mencatitkan, "nabi Yesaya." Bukti itu bersaiz kecil, hanya 0.4 inci panjang, dan telah digali keluar dalam penggalian selonggokan bahan-bahan pecah di tapak penggalian Ophel  di Yerusalem.

Penggalian itu, diketuai oleh Mazar, menemukan patung-patung, serpihan pasu, serpihan gading dan beberapa kesan dari cop mohor yang dipanggil bulla. Kesan-kesan itu ditinggalkan apabila pemilik-pemilik cop mohor mengecop cop mohor mereka ke atas tanah liat lembut yang mana termasuklah tanda Raja Hezekia. 

Dr. Eilat Mazar

Penemuan itu mengukuhkan pengisahan Alkitab mengenai kepentingan Yesaya. Bukan semua orang yang memiliki cop mohor adalah daripada status yang tinggi dan dimuliakan (kerana itu adalah cara untuk mengukuhkan hak milik),  tetapi Alkitab mengisahkan bahawa Yesaya adalah penasihat kepada raja, dari mana raja mendapatkan nasihat. Penemuan kesan cop mohornya berdekatan dengan cop mohor Raja Hezekia mengesahkan gambaran seorang nabi di istana seperti yang dikisahkan dalam Alkitab. 

"Kami menemukan kesan cop mohor abad ke-8 Sebelum Masihi itu yang mungkin telah dibuat oleh nabi Yesaya sendiri hanya 10 kaki dari tempat kami menemukan kesan bulla Raja Hezekia dari Yehuda yang mendapat publisiti meluas," Dr. Mazar dari Universiti Hebrew di Yerusalem berkata dalam satu kenyataan. 

Kesan cop mohor Yesaya ditemui berdekatan
kesan cop mohor Raja Hezekia

Penemuan mengkagumkan yang kemungkinan kesan cop mohor Yesaya menghidupkan beberapa kisah Alkitabiah dari zaman Bait Allah yang pertama. Alkitab mencatitkan dalam 2 Raja-Raja 18-19 bahawa Raja Hezekia mempercayai nasihat nabi Yesaya untuk melindungi Yerusalem daripada kepungan tentera Asyur. Yesayalah yang telah mendorong Raja untuk melawan tentera Asyur yang menyerang Yerusalem pada 701 Sebelum Masihi, daripada menyerah kalah. 

Yesaya berjanji bahawa Tuhan tidak akan mengizinkan Yerusalem ditawan. Tidak ada tokoh yang lebih dekat kepada Hezekia, yang memerintah di antara 727 sehingga 698 Sebelum Masihi, berbanding nabi Yesaya. Dalam artikel Biblical Archaeological Review, Dr. Mazar menulis "Nama-nama Raja Hezekia dan nabi Yesaya disebut bersama dalam 14 daripada 29 kali nama Yesaya disebut (2 Raja-Raja 19-20, Yesaya 37-39). 

Kepingan tanah liat selebar setengah inci berbentuk bulat dicopkan dengan nama Yesha'yah [u] (Yesaya) dalam tulisan Ibrani kuno. Itu dikuti dengan kata nvy, yang penghujungnya sedikit musnah. Akibatnya, para pakar tidak tahu samada kata itu berakhir dengan huruf Ibrani aleph. Huruf itu akan "membentuk kata Ibrani untuk 'nabi' dan akan mengesahkan cop mohor itu adalah tandatangan nabi Yesaya," Dr. Mazar menjelaskan. "Bagaimanapun, ketiadaan huruf akhir itu menyebabkan kita perlu terbuka kepada kemungkinan ianya hanyalah nama Navi." 

"Namun begitu, nama Yesaya itu adalah jelas," tambahnya.


Bagi yang ingin membaca lebih, inilah nota tambahan dari laman Biblical Archeology: Bulla Yesaya terbahagi dalam tiga baris. Kesan anak rusa yang sedang memakan rumput boleh dilihat di baris atas. Ditulis dalam bahasa Ibrani, nama Yesaya muncul dalam baris tengah. Lakaran di atas menunjukkan beberapa huruf yang ditambah ditunjukkan dalam warna biru: huruf-huruf  Ibrani vav dan heh di hujung baris tengah, dan huruf aleph di bahagian hujung yang musnah baris bawah. Jika huruf-huruf itu ditambah, kesan cop mohor itu akan mencatitkan "[belonging] to Isaiah the prophet." atau "[milik] nabi Yesaya." Lakaran Reut Livyatan Ben-Arie/© Eilat Mazar; Foto: Ouria Tadmor/© Eilat Mazar.

(Diterjemah daripada artikel Church Leaders bertajuk, "Isaiah's Signature And Significance Found In Jerusalem" yang ditulis oleh Bob Ditmer bertarikh  23 Februari 2018)