Sabtu, 24 Februari 2018

Billy Graham Diberi Baringan Kehormat Di Capitol Rotunda Amerika Syarikat Minggu Hadapan

Billy Graham telah berkhidmat sebagai penasihat kepada 12 presiden Amerika
secara berturut-turut sambil menyebarkan Injil di Amerika dan sekeliling dunia

Sejak tradisi itu dimulakan pada 1852, hanya 31 individu telah diberi baringan kehormat di Capitol Rotunda Amerika Syarikat. Minggu hadapan, dari 28 Februari ke 1 Mac, Billy Graham akan menjadi anggota ke-32 dalam senarai yang termasuk Rosa Parks, Abraham Lincoln dan John F. Kennedy.

Speaker Dewan Capitol. Paul Ryan telah mengemukakan tawaran itu kepada keluarga Graham, dengan mengatakan dalam satu kenyataan, "Untuk menghargai perkhidmatan Rev. Graham yang lama dan penuh jasa kepada negara, adalah niat kami untuk meminta Dewan Perwakilan dan Dewan Senat agar jenazah beliau dibenarkan penghormatan dibaring hormat di Capitol Rotunda supaya rakyat Amerika berkesempatan memberikan penghormatan mereka."


Pengunjung-pengunjung ke Rotunda akan melihat jenazah Graham di dalam keranda yang diperbuat daripada kayu pine. Keranda itu akan diletakkan di atas sebuah pentas kecil pine yang telah dibina untuk keranda Presiden Lincoln, dan pentas itu (yang dipanggil catafalque) akan ditutup dengan kain hitam. 

Pengumuman daripada laman web Speaker itu juga memberikan beberapa maklumat mengenai kehidupan Graham. "Rev. Graham dikenali secara antarabangsa untuk imannya yang bersungguh-sungguh, kerendahan hatinya, dan sikapnya yang menerima semua golongan, Dia telah menyebarkan Injil di 185 negara dalam tempoh 99 tahunnya di Bumi, telah menyentuh kehidupan ramai jiwa dan telah selamanya mengubah arah keadaan hidup rohani dunia."