Pilihan Raya Umum ke-14 telah selesai dijalankan semalam. Inilah keputusan untuk kerusi Parlimen (sumber: Malaysiakini):
Pakatan Harapan: 122 kerusi, Barisan Nasional: 79 kerusi, PAS: 18 kerusi, dan Calon Lain: 3 kerusi.
Dengan itu Pakatan Harapan berjaya menubuh Kerajaan Persekutuan yang baru.
Tun Dr. Mahathir dan para pemimpin Pakatan Harapan merayakan kemenangan PRU-14 |
Grafik dari blog Best FB KL |
Bagi peringkat negeri pula, Pakatan telah memenangi 6 negeri: Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Barisan Nasional pula memenangi 2 negeri: Perlis dan Pahang. PAS juga memenangi 2 negeri: Terengganu dan Kelantan.
Di Perak, Pakatan Harapan mendapat 29 kerusi tetapi belum cukup untuk mendirikan kerajaan. Barisan Nasional mendapat 27 kerusi dan PAS 3 kerusi.
Di Sabah Warisan/Pakatan Harapan mendapat jumlah kerusi yang sama dengan Barisan Nasional iaitu masing-masing 29 kerusi. Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) memenangi dua kerusi dan dijangka bergabung dengan Warisan/Pakatan Harapan atau Barisan Nasional untuk membentuk kerajaan negeri di Sabah.
Berikut ialah keputusan PRU-14 untuk kerusi Dewan Undangan Negeri:
(Sumber infografik: Malaysiakini)