Khamis, 5 Julai 2018

Mencapai Matlamat Harian 3M (Mencari, Mencintai, Mencatit)


Semasa memandu kereta pagi semalam, saya mendapat ilham untuk merangka satu matlamat harian yang mencakupi tiga aspek kehidupanku - mencari, mencintai dan mencatit. 

Mencari Tuhan

Firman Tuhan banyak menyebut mengenai mencari. Pelbagai ayat Alkitab boleh saya tunjukkan mengenai mencari, tetapi perkataan mencari yang paling penting adalah dalam Matius 6:33, 

"Tetapi carilah dahulu Kerajaan Allah dan kebenarannya, maka semuanya itu akan ditambahkan kepadamu."

Dan untuk kehidupan harian, inilah ayatnya:

"Ya Allah, Engkaulah Allahku, aku mencari Engkau, jiwaku haus kepada-Mu, tubuhku rindu kepada-Mu, seperti tanah yang kering dan tandus, tiada berair." (Mazmur 63:1)

Tindakan: Hubungan harian dengan Tuhan melalui Firman dan doa. 

Mencintai Teman

Dan tentu saja perkataan cinta atau kasih amat penting dalam Alkitab. Dan tiada yang lebih penting daripada ayat Yohanes 3:16:

"Kerana begitu besar kasih Allah akan dunia ini, sehingga Ia telah mengurniakan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada-Nya tidak binasa, melainkan beroleh hidup yang kekal."

Dengan itu, Tuhan mahu kita saling mengasihi:

"Aku memberikan perintah baru kepada kamu, yaitu supaya kamu saling mengasihi sama seperti Aku telah mengasihi kamu demikian pula kamu harus saling mengasihi." (Yohanes 13:34))

Tindakan: Lakukan sesuatu untuk seorang ahli keluarga atau teman hari ini.

Mencatit Tulisan

Ayat Alkitab yang paling memberi saya inspirasi untuk menulis adalah dari Habakuk 2:2.

"Lalu TUHAN menjawab aku, demikian: 'Tuliskanlah penglihatan itu dan ukirkanlah itu pada loh-loh, supaya orang sambil lalu dapat membacanya.'"

Tindakan: Tuliskan sesuatu pelajaran atau pengalaman dari Firman dan kehidupan.

Dengan melakukan beberapa tindakan ini, saya akan lebih mencapai tiga matlamat utama kehidupan harian saya iaitu untuk mencari, mencintai dan mencatit.

"Mencari Tuhan, Mencintai Teman, Mencatitkan Tulisan"