Salam sejahtera Pendeta, Penatua & Pemimpin Gereja
Pada malam Tuhan Yesus Kristus dilahirkan, sekumpulan malaikat
muncul di hadapan beberapa gembala desa di kawasan padang memuji-muji Allah dan
menyatakan:
“Kemuliaan bagi Allah di tempat yang maha tinggi dan damai sejahtera di bumi bagi orang yang berkenan pada hatiNya.” (Lukas 2:14)
Menjelang bulan Natal yang diberkati, Majlis memanggil semua
umat Kristian untuk berdoa dan memberkati negara dengan kesejahteraan dan kasih
Tuhan.
Ini akan bermula pada 1hb. Disember (hari Sabtu) dan berakhir
pada 7hb. Disember (hari Jumaat)
Selama 7 hari
Pada 7 pagi dan/atau 7 malam
Oleh itu, panggilan ini dikenali sebagai “7.7.7. PANGGILAN
UNTUK MEMBERKATI NEGARA DENGAN KESEJAHTERAAN DAN KASIH TUHAN”
Pada 8hb Disember (hari Sabtu yang berikut), kami cadangkan
agar pengumuman dan pengisytiharan kesejahteraanNya dibuat kepada semua orang
di negara kita yang tercinta.
Yesus datang supaya dunia ini dapat mengalami kesejahteraan.
Tanpa kesejahteraan maka tiada kesukacitaan, tiada kasih, tiada masa depan dan
tiada harapan.
Nabi Yeremia pada satu ketika menyatakan, “Ikhtiarkanlah
kesejahteraan kota tempat ……, dan berdoalah kepada Tuhan bagi kota itu kerana
kesejahteraannya ialah kesejahteraanmu.” (Yeremiah 29:7). Tuhan telah
menempatkan kita di negara ini agar menjadi saluran dan alatNya bagi kesejahteraan
dan kasih.
Sambil kita mengambil maklum cabaran-cabaran baru yang
dihadapi oleh negara ini, Majlis memanggil setiap gereja untuk mengambil panggilan
ini dengan serius.
Semasa tujuh hari berdoa ini, NECF akan mengirim panduan
berdoa renungan melalui WhatsApp dan Facebook. Sila guna dan sebar secara
meluas kepada umat Kristian yang lain.
Semoga Allah Memberkati kamu,
Rev Andy Chi
Setiausaha Agung.
(Diambil daripada artikel NECF Malaysia bertajuk, "7.7.7. THE CALL TO BLESS THE NATION WITH GOD'S PEACE AND LOVE")