ALOR SETAR – Empat warga Finland yang ditahan kerana disyaki
mengedar pen dan buku tertera pernyataan Bible di Langkawi, Selasa lalu, sudah
dihantar pulang ke negara asal mereka.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Luar Bandar,
Agama dan Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri, Datuk Dr Ismail Salleh berkata,
mereka yang berusia 27 hingga 60 tahun itu dihantar pulang oleh Jabatan
Imigresen Malaysia (JIM) semalam, selepas keputusan mengenainya dikeluarkan
oleh pihak pendakwaan.
Katanya, keempat-empat warga Finland itu ditahan pada 20 Nov
lalu selepas disyaki mengedarkan pen dan risalah terbabit di kawasan Pantai
Chenang, Pasar Basah Klebang dan pasar malam di Ulu Melaka.
Seramai 40 orang peserta terdiri daripada usahawan kecil
hadir pada program tersebut bagi meneroka pelbagai peluang untuk mengembangkan
perniagaan masing-masing.
Pada 20 Nov lepas, polis menahan empat warga Finland itu,
dua daripadanya wanita, di sebuah bilik hotel di Langkawi kira-kira 5 petang
dan merampas 47 batang pen dan 336 naskah buku kecil yang mengandungi
kenyataan-kenyataan yang dipetik dari Bible yang dipercayai cuba diedarkan
kepada orang ramai.
Tangkapan dibuat susulan tiga laporan polis yang diterima
daripada orang ramai berhubung kegiatan suspek yang telah berada di pulau
peranginan itu sejak 18 November.
(Diambil daripada artikel Malaysia Gazette bertajuk, "4 Warga Finland Edar Pen Dan Risalah Bible Dihantar Pulang" bertarikh 26 November 2018)