Khamis, 14 Februari 2019

7 Sentuhan Bermakna Yang Setiap Suami Harus Gunakan Untuk Mendekati Isterinya


Baru-baru ini saya menelefon untuk bertanya khabar ayah saya yang kurang sihat. Setelah bercakap selama beberapa minit, saya bertanya mengenai isterinya (bukan emak saya). Mereka telah menikmati perhubungan yang indah selama 45 tahun perkahwinan. Ayah saya berkata, "Dia baik-baik saja, dia duduk di sini dan memegang tanganku."

Saya harus mengakui, saya memikirkannya sebagai detik dari filem Hallmark, sepasang suami isteri lama yang duduk di rumah di sebuah gunung di Arkansas, masih saling mencintai dan berpegangan tangan. 

Sentuhan manusia mempunyai faedah yang begitu besar kepada kedua-dua pihak - secara fizikal, emosi, fisiologikal dan juga rohani. Kajian-kajian telah menemukan begitu banyak sekali faedahnya. Malang sekali, sesetengah lelaki telah mengabaikan memberi sentuhan untuk mendekati isteri mereka. 

Berikut adalah 7 sentuhan bermakna yang setiap suami harus gunakan untuk mendekati isterinya:

1. Beri sentuhan kepada isteri anda sebagai amalan pertama pada waktu pagi. Mungkin ianya hanya tepukan lembut sambil anda bangkit dari katil atau satu pelukan apabila anda berdua bertemu muka di waktu pagi, tetapi dekatilah dia sebelum anda sibuk dengan tugas harian.

2. Sepanjang hari, suatu mesej teks atau panggilan telefon yang singkat adalah sentuhan kasih yang hebat. Satu "Aku sayang kamu" yang ringkas atau "Aku sedang memikirkan kamu dan tak sabar bertemu petang nanti" akan menyampaikan mesej bahawa dia ada dalam fikiran anda.

3. Tulislah nota dengan cara lama. Kita begitu menggunakan teknologi kini sehingga kadang-kala pendekatan cara lama menjadi lebih bermakna.

4. Samada isteri anda suka kepada bunga, coklat atau kasut, menghadiahkan ini pada hari-hari biasa dan bukan hanya pada hari-hari perayaan akan menjadi satu sentuhan besar.

5. Simpanlah sedikit tenaga supaya anda boleh memberi isteri anda perhatian khas ketika anda kembali ke rumah. Berikannya pelukan mesra dan menyambutnya dengan ucapan mesra ketika mula memasuki rumah.

6. Pegang tangannya pada waktu-waktu yang tidak tetap - semasa memandu, berjalan atau semasa duduk di rumah.

7. Urut belakangnya.

Sentuhan Bonus

Saya ingin tambah satu lagi kepada senarai ini yang betul-betul bagus dan akan mempertingkatkan perhubungan anda: Tumpang tangan ke atasnya dan ucapkan berkat ke atasnya sambil bersetuju dalam doa dengannya. Ini mungkin sesuatu di luar zon nyaman anda, tetapi saya memberi jaminan kepada anda bahawa ini akan membawa perubahan dalam perjalanan rohani anda dan kepimpinan anda dengan isteri dan keluarga.

Dekatilah dan berikan sentuhan kepada isteri anda. Faedahnya tidak terkira.

(Diterjemahkan daripada artikel Charisma Magazine bertajuk, "7 Meaningful Touches Every Husband Should Use When Reaching For His Wife" yang ditulis oleh Neil Kennedy bertarikh 24 Mac 2014)