Ahad, 28 April 2019

Kumpulan Muslim Malaysia Kunjungi Gereja Untuk Menunjukkan Solidariti Selepas Serangan Pengganas Di Sri Lanka

Ahli-ahli Global Unity Network menghadiri kebaktian Ahad di Gereja St Joseph
di Sentul pada 28 April 2019

KUALA LUMPUR: Berikutan serangan pengganas yang membawa kematian di pelbagai gereja dan hotel di Sri Lanka pada 21 April, satu kumpulan Muslim telah menunjukkan solidariti dengan cara yang sebaik mungkin - dengan mengunjungi sebuah gereja.

Kumpulan itu yang menamakan dirinya Global Unity Network atau ringkasnya Unity, menghabiskan pagi ini di sebuah kebaktian Ahad di Gereja St Joseph di Sentul.

Dipimpin oleh presidennya, Shah Kirit Kakulal Govindji, kumpulan dengan lebih kurang 25 orang ahli professional dan pelajar Muslim mengunjungi gereja itu untuk menunjukkan sokongan untuk orang-orang Katolik dalam negara dan di sekelilng dunia, di tengah kawalan keselamatan yang dipertingkatkan. 

Mereka juga menyertai satu dialog dengan paderi Reverend George Packiasamy.

Unity, yang telah menjalankan usaha-usaha lintas agama untuk lebih kurang dua dekad dengan mendekati dan mendidik orang-orang Muslim mengenai agama-agama lain untuk menggalakkan perpaduan, juga telah mengunjungi kuil Hindu dan tokong Buddha di pusat bandaraya hari ini. 

Tindakan mereka dilihat menyerupai solidariti yang ditunjukkan oleh rakyat New Zealand bukan Muslim selepas serangan Christchurch pada bulan Mac, di mana mereka mengunjungi dan berjaga melindungi masjid-masjid di situ semasa orang-orang Islam menjalankan sembahyang mereka. 

Serangan Easter itu telah mengorbankan sekurang-kurangnya 250 orang, serta mencederakan beratus lagi orang.

Pengebom-pengebom bunuh diri telah menyasarkan empat hotel mewah dan juga tiga gereja yang dipenuhi peserta ibadah yang mengikuti Misa Easter pada waktu serangan yang hampir serentak itu.

Daesh telah mendakwa bertanggungjawab untuk serangan-serangan itu, dengan kerajaan Sri Lanka mendakwa pengebom-pengebom itu mungkin bertindak untuk membalas dendam penembakan beramai-ramai di Christchurch. 

Berikutan serangan-serangan pada 21 April, polis Malaysia telah mempertingkatkan kawalan keselamatan di tempat-tempat ibadah di seluruh negara, dan juga di kedutaan-kedutaan. 

Gereja-gereja di pusat bandar juga dimaklumkan untuk berwaspada sebelum kebaktian-kebaktian ibadah hari ini. dengan pengunjung-pengunjung ke gereja dinasihati mengambil langkah berjaga-jaga. 

(Diterjemahkan daripada artikel The Sun Daily bertajuk, "Malaysian Muslim Group Visits Church In Show Of Solidarity After Sri Lanka Terror Attacks" yang ditulis oleh Amar Shah Mohsen bertarikh 28 April 2019)