Khamis, 1 Ogos 2019

Blog Domba2Domba Telah Mencapai 7,000,000 Pageview Hari Ini!


Puji Tuhan! Blog domba2domba telah mencapai pageview yang ketujuh juta pagi tadi! Pada Jun tahun lepas, blog ini telah mencatat 5 juta pageview, dan kini setahun dua bulan kemudian, blog telah menambah dua juta pageview lagi. 


Terima kasih kepada semua pembaca yang selalu mengikuti blog domba2domba ini! Andalah sebab blog ini ditulis, dan melalui andalah blog ini telah tersebar!

Berikut 7 statistik yang diperolehi dari Blogger, Flag Counter dan Facebook mengenai profail am pembaca-pembaca blog domba2domba:

1. Menurut Blogger, pada pagi tadi, blog domba2domba telah mencapai 7,000,000 pageview.

2. Blogger juga menunjukkan bahawa pageview tertinggi datang dari Malaysia (4,088,728 pageview), diikuti oleh Ameriks Syarikat (1,582,705) di tempat kedua, dan Indonesia (937,106) di tempat ketiga. Manakala India (101,912) dan Singapura (50,885) masing-masing di tempat keempat dan kelima.


3. Flag Counter menunjukkan pengunjung ke blog ini sehingga hari ini berjumlah 269,368 orang. (Rekod Flag Counter hanya dimulakan di blog ini pada 29 Januari 2013, oleh itu hanya merekod jumlah pengunjung selepas tarikh itu).

4. Flag Counter menunjukkan bahawa pengunjung yang teramai datang dari Malaysia (151,449 orang), diikuti oleh Indonesia (49,909) dan Amerika Syarikat (45,111).

5. Menurut Facebook, jumlah orang yang telah "Like" Facebook Page domba2domba sehingga hari ini adalah 5,822 orang. 

6. Daripada jumlah itu, 61% adalah wanita dan 39% adalah lelaki.

7. Facebook juga menunjukkan bahawa golongan yang paling ramai "Like" laman Facebook domba2domba adalah golongan muda, dengan 62% berusia dalam lingkungan umur 18-34 tahun. (Lebih terperinci: 17% untuk usia 18-24 tahun, dan 45% untuk usia 25-34 tahun, dan 24% untuk usia 35-44 tahun). 

Begitulah profail am pembaca-pembaca blog domba2domba setakat ini. 

Terima kasih kepada anda kerana menjadi pembaca setia blog ini, dan segala kemuliaan kepada Tuhan atas kemurahan-Nya di sepanjang penulisan blog ini!