Ahad, 15 September 2019

Malam Pentakosta 2019 - Ombak Baharu Kebangunan Rohani Di Kawasan Kependudukan Utama Dayak


KUCHING, 15 Sep: Lebih 25,000 telah membanjiri Padang Jubilee malam tadi untuk mengambil bahagian dalam perayaan pencurahan Roh Kudus pada Malam Pentakosta. 

Beribu-ribu orang telah datang dari daerah-daerah yang terpencil, dari rumah-rumah panjang dan kampung-kampung di sekeliling Sarawak. 

Ramai daripada mereka telah tiba seawal Jumaat, setelah mengambil perjalanan beratus-ratus batu dengan bas atau kenderaan mereka sendiri untuk mengalami apa yang telah dikatakan oleh dua wanita berusia dari Pakan, Elizabeth dan Alice Lian sebagai, "perayaan Roh Kudus dan ombak baharu kebangunan rohani di kawasan kependudukan utama Dayak,"

Ucapan dan doa pembukaan oleh Dato Janang Bungsu, pengerusi penganjur Malam Pentakosta dan khutbah oleh Pastor Philip Mantofa dari Surabaya, Indonesia merupakan di antara kemuncak malam itu.

Kedua-dua mereka telah berbicara dengan berkuasa mengenai kepentingan kebangunan rohani di kawasan kependudukan utama Dayak dan keperluan untuk terus komited dan berhubungan dengan pimpinan Roh Kudus dalam kehidupan gereja dan umat.

Jumlah orang ramai dijangka akan meningkat lagi malam ini, yang adalah malam terakhir, di mana penyembuhan dan perlepasan akan terjadi. 

(Diterjemahkan daripada artikel Dayak Daily bertajuk, "The Pentecostal Night 2019 - New Wave Of Revival In Dayak Heartland" bertarikh 15 September 2019)