Sabtu, 14 September 2019

Cop Mohor Abad Ke-7 Sebelum Masihi Memaparkan Nama Anak Raja Daud Ditemui Di Yerusalem

Cop mohor yang memaparkan nama Adoniyahu, anak Raja Daud

Cop mohor yang kurang dari setengah inci itu telah dijumpai oleh seorang sukarelawan remaja Israel di tapak penggalian City of David.

Satu cap mohor kecil dari 2,600 tahun yang lalu yang memaparkan nama anak Raja Daud telah ditemukan baru-baru ini di satu tapak penggalian di Yerusalem, Yayasan City of David mengumumkan pada Ahad lepas dalam satu siaran akhbar.

Cop mohor itu, dipercayai digunakan oleh menteri-menteri berkedudukan paling tinggi di Yerusalem kuno untuk menanda tangani dokumen, memaparkan nama dan gelaran Ibrani, "Adoniyahu dengan perlantikan kerajaan," ("Asher Al Habayit") dan muncul berkali-kali dalam Alkitab di bawah raja-raja berlainan dalam setiap kerajaan kuno Yehuda dan Israel.

Frasa itu muncul untuk pertama kalinya dalam senarai menteri-menteri Raja Salomo, kata Yayasan itu.

Cop mohor yang berukuran satu sentimeter ini dipercayai bertarikh dari abad ke-7 Sebelum Masihi

"Cop mohor yang kecil ini mempunyai makna yang besar bagi berbilion orang di sekeliling dunia," kata Doron Spielman, Naib Presiden Yayasan City of David.

Cop mohor peribadi yang bertarikh dari era Bait Suci Salomo pada abad ke-7 Sebelum Masihi dan "adalah satu lagi talian dalam rantaian panjang sejarah Yahudi di Yerusalem yang sedang ditemui dan dipelihara di City of David pada kadar harian," tambah Spielman.

Nama Adoniyahu telah diberikan kepada salah seorang anak Daud seperti yang disebut dalam kitab Raja-Raja. Ianya juga disebut sebagai salah satu orang Lewi dalam Nehemia dalam zaman Yosafat, dan akhirnya pada zaman Nehemia sebagai salah seorang "dari nenek moyang kami..." (Neh 9:16).

Cop mohor yang telah digali keluar itu lebih kurang satu sentimeter lebarnya (kurang dari setengah inci) dan berdasarkan kaligrafinya, bertarikh seawal Kerajaan Yehuda semasa abad ke-7 Sebelum Masihi. Cop mohor seperti ini adalah kepingan kecil timah yang digunakan pada zaman kuno untuk menanda tangan dokumen, dan digunakan sebagai meterai untuk memastikan surat-surat tidak dibuka dalam perjalanan ke destinasi mereka," Yayasan City of David mengatakan.

Cop mohor ini telah ditemui sebagai sebahagian dari penggalian yang telah bermula pada 2013 di bawah Gerbang Robinson di bahagian dasar Tembok Barat di Yerusalem. Ianya telah ditemui oleh seorang sukarelawan remaja, Batya Offen.

(Diterjemahkan daripada artikel i24 News bertajuk, "7th Century BC Stamp Bearing Name of King David's Son Unearthed In Jerusalem" bertarikh 10 September 2019)