PETALING JAYA: Tiga anggota Damansara Utama Methodist Church (DUMC) telah diuji positif untuk Covid-19.
Mereka adalah Datin Doris Ho, isteri Pastor Datuk Dr Daniel Ho, dan dua lagi anggota sebuah kelompok pembelajaran Alkitab.
Menurut satu surat pekeliling yang dihantar kepada anggota-anggota, gereja itu telah menghubungi semua anggota kelompok itu di Bangsar, Kuala Lumpur yang kini sedang memantau diri dalam kuarantin sendiri dan juga telah menghantar sampel untuk diuji.
Surat pekeliling itu juga menyatakan gereja itu, salah satu yang terbesar di negara ini, sedang membantu Kementrian Kesihatan untuk mengesan mereka yang mungkin telah bertemu dengan tiga orang itu baru-baru ini.
Daniel berkata dia dan isterinya telah diuji pada Jumaat (20 Mac).
"Keputusan ujian saya negatif manakala keputusan untuk isteri saya adalah positif. Ada dua orang lagi di DUMC yang juga diuji positif.
"Ramai di antara kamu telah mengucapkan ingatan kasih sayang, rasa prihatin dan doa-doa untuk kami pada waktu ini dari sekeliling negara dan sekeliling dunia," katanya dalam satu mesej kepada masyarakat Kristian pada Jumaat malam.
Terletak di Seksyen 13 di sini, DUMC memiliki lebih kurang 5,000 pengunjung kebaktian setiap minggu dan lebih 300 kelompok pembelajaran, yang juga dikenali sebagai kelompok sel.
Selain daripada jemaat berbahasa Inggeris yang seramai 3,000 orang, terdapat lagi lima sidang jemaat yang berbahasa lain iaitu Cina, Bahasa Malaysia, Tamil, Myanmar dan Nepal.
(Dipetik dan diterjemahkan daripada artikel The Star bertajuk, "Covid-19: Three Church Members In PJ Tested Positive" bertarikh 20 Mac 2020)
Surat pekeliling itu juga menyatakan gereja itu, salah satu yang terbesar di negara ini, sedang membantu Kementrian Kesihatan untuk mengesan mereka yang mungkin telah bertemu dengan tiga orang itu baru-baru ini.
Daniel berkata dia dan isterinya telah diuji pada Jumaat (20 Mac).
Pastor Daniel Ho |