Jumaat, 20 Mac 2020

Tugu Christ The Redeemer Disinari Dengan Bendera Negara2 Sebagai Simbol Kesatuan Dalam Perjuangan Menentang Covid-19


Tugu Christ The Redeener, Brazil adalah salah satu tugu yang paling ikonik di dunia. Dan pada minggu ini, tugu besar ini yang menghadap bandaraya Rio de Janeiro dari tempat tinggi telah diterangi dengan bendera-bendera dunia sebagai simbol kesatuan dalam perjuangan global menentang koronavirus.

Satu misa, yang dipimpin oleh archbishop Rio de Janeiro, Orani Joao Tempesta telah diadakan berdekatan tugu itu, sambil orang ramai digalakkan berdoa untuk mangsa-mangsa wabak itu. 

Kata-kata #praytogether - dalam bahasa-bahasa yang dipertuturkan di sekeliling dunia - juga dipancarkan ke atasnya.


Diterjemahkan daripada artikel Relevant Magazine bertajuk, "Brazil's Christ The Redeemer Statue Lit With Flags of The World As A Show of Solidarity in The Fight Against Coronavirus" bertarikh 19 Mac 2020)