Khamis, 19 Mac 2020

Tony Perkins - Kuasa Doa Untuk Melawan Koronavirus


Sambil dunia menghadapi keadaan yang tidak menentu, pemimpin-pemimpin iman sedang mendorong orang-orang percaya untuk datang kepada Tuhan yang maha tahu dan menggunakan kuasa doa.

Dalam satu artikel pendapat untuk USA Today, Tony Perkins, seorang pastor bertauliah Southern Baptist dan presiden Majlis Penyelidikan Keluarga, berkata ketika berhadapan liputan 24/7 mengenai Koronavirus -- ianya mudah untuk membenarkan kekhuatiran mengambil alih.

Tetapi Perkins, sambil menyebut Yakobus 5:16, mengingatkan kita bahawa Tuhan menjawab doa dan bahawa "doa orang benar sangat besar kuasanya." 

Sambil menyenaraikan kesan-kesan virus itu kepada ekonomi Amerika Syarikat, termasuk orang ramai berbut-rebut tisu tandas, naik terjun pasaran saham, perniagaan dan saluran bekalan, dan kesannya kepada industri pengangkutan, Perkins menulis, "Ketakutan dapat dirasakan. Kekhuatiran begitu nyata. Masa depan tidak diketahui. Tetapi bukankah ianya selalu begitu?"

Perkins mengingatkan semua orang bahawa doa adalah cara yang sangat bagus untuk mengurangkan kekhuatiran dan depresi dan kajian-kajian telah membuktikannya. Dia mengingatkan pembaca-pembaca akhbar itu bahawa Rasul Paulus ketika menulis kepada gereja di Filipi dan memberitahu mereka agar "janganlah hendaknya kamu khuatir tentang apapun juga."

Presiden Majlis Penyelidikan Keluarga itu juga menyebut mendiang Billy Graham mengenai apa yang telah dikatakannya mengenai doa. 

"Kita harus berdoa pada waktu-waktu kesusahan, agar kita tidak menjadi hilang iman dan tidak percaya. Kita harus berdoa pada waktu-waktu kemakmuran, agar kita tidak bercakap besar dan sombong. Kita harus berdoa pada waktu-waktu bahaya, agar kita tidak menjadi takut dan ragu-ragu. Kita harus berdoa pada waktu-waktu aman, agar kita tidak menjadi orang yang bergantung pada diri sendiri," begitu ditulis oleh Perkins.

Perkins memberitahu pembaca-pembaca USA Today agar tidak membiarkan sindiran golongan anti iman menghentikan mereka daripada berdoa untuk mereka dalam keperluan, untuk perlindungan bagi keluarga-keluarga dan komuniti-komuniti kita dan untuk Amerika Syarikat.

Dia juga mengingatkan mereka untuk berdoa kepada Tabib Agung terlebih dahulu, dan kemudian pergi menjalankan tugas menolong orang-orang sakit.

(Diteremahkan daripada artikel CBN bertajuk, "Tony Perkins On The Power Of Prayer To Fight The Coronavirus" yang ditulis oleh Steve Warren bertarikh 18 Mac 2020)