Katedral St Mary, Kuala Lumpur |
PUTRAJAYA: Rumah ibadat bukan Islam dibenarkan untuk dibuka
di zon hijau sahaja sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat
(PKPB) mulai 10 Jun ini.
Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata
antara SOP yang perlu dipatuhi adalah bilangan kehadiran penganut agama
hendaklah tidak melebihi 30 orang, tertakluk kepada keluasan rumah ibadat
tersebut.
“Hari ini, Menteri Perpaduan Negara Halimah Mohamed Sadique
membentangkan kepada Mesyuarat Khas Menteri-Menteri berkenaan SOP rumah ibadat
bukan Islam, hasil rundingan dan persetujuan dari Ketua Badan Agama bukan
Islam. Mesyuarat bersetuju membenarkannya.
“Penganut yang berumur 70 tahun ke atas dan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan hadir,” katanya pada sidang media hariannya.
(Diambil daripada artikel Free Malaysia Today bertajuk "Rumah Ibadat Bukan Islam Di Zon Hijau Dibuka Mulai 10 Jun" yang ditulis oleh Mohamad Fadli bertarikh 21 Mei 2020)