Khamis, 7 Julai 2022

Lelaki Yang Tidak Dikenali Mencemarkan Salib, Patung-Patung Di Gereja Keningau


Kota Kinabalu: Seorang lelaki yang tidak dikenali telah mencemarkan patung-patung dan kayu salib di dalam Gereja Kathedral St Xavier di Keningau hari ini, ianya telah diumumkan.

Diosis Keningau di laman Facebook mereka menyatakan insiden itu terjadi selepas misa pagi sekitar 7.30 pagi. 

Lelaki itu memasuki gereja dan merosakkan patung-patung Kristus dan Bonda Maria dan kayu salib, tetapi dia tidak mencederakan sesiapa.

Diosis itu menggesa orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi kerana pihak polis sedang menjalankan siasatan. 

(Diterjemahkan daripada artikel Daily Express bertajuk, "Unidentified Man Desecrates Cross, Statues Inside Keningau Church" bertarikh 7 Julai 2022)