Bagaimanapun, baginda berkata kunjungan itu mestilah tanpa mengambil bahagian dalam sebarang upacara atau amalan agama berkenaan.
“Tidak salah untuk menghadiri majlis perkahwinan atau berada
di gereja misalnya, tetapi umat Islam hanya perlu memerhati.
“Orang Islam tidak boleh mengambil bahagian dalam upacara
atau amalan sama ada di kuil atau gereja,” katanya menurut The Star.
Sultan Sharafuddin percaya penganut Kristian juga tidak akan
menyertai sembahyang atau ritual di kuil Tao.
Baginda turut mengimbau kisah silamnya ketika almarhum
datuknya, Sultan Alam Shah, menghadiri pertabalan Ratu Elizabeth II pada 1953
di gereja Westminster Abbey di London.
“Baginda baru pulang dari Mekah, kemudian berunding dengan
mufti negeri jika berkenan untuk menghadiri pertabalan.
“Mufti berkata tidak ada salahnya asalkan beliau tidak
mengambil bahagian dalam mana-mana ibadat,” katanya.
‘Baca dan buat rujukan’
Sultan Sharafuddin juga dilaporkan menggesa ahli politik
untuk “membaca dan membuat rujukan” sebelum mengulas kenyataan Majlis Agama
Islam Selangor (Mais) baru-baru ini bahawa haram bagi orang Islam mengunjungi
rumah ibadat bukan Islam seperti kuil, gereja dan gurdwara untuk mengenali
agama lain.
Sambil menyifatkan pandangan Mais sebagai betul dan jelas,
baginda berkata adalah baik untuk mengelakkan kekeliruan dan salah faham kerana
terdapat undang-undang yang menghalang penyebaran agama lain kepada umat Islam.
Sultan Sharafuddin turut memberi peringatan kepada semua pemimpin
politik tanpa mengira kaum supaya tidak menjadikan agama untuk mempopularkan
diri mereka.
Baginda berkata, larangan itu dibuat atas kapasitinya
sebagai pihak berkuasa yang bertanggungjawab dalam hal ehwal Islam di Selangor
bersama Mais.
“Hanya saya sebagai ketua agama Islam di Selangor dan Mais
pihak berkuasa agama di negeri ini,” katanya.
Khamis lalu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
berkata umat Islam di negeri itu boleh melawat rumah ibadat agama lain selagi
mereka tidak terbabit dalam sebarang upacara dan sembahyang.
“Ini adalah jelas dan saya percaya pada orang Islam kerana
kepercayaan mereka kukuh dan tidak goyah. Saya tidak mahu terus memanjangkan
isu ini. Tidak perlu lagi sebarang polemik isu ini,” katanya.