Umat Kristian akan menghadiri perhimpunan tiga hari merayakan jubli emas acara yang boleh dikesan asal-usulnya kepada apa yang dikenali sekarang sebagai Kebangunan Rohani Bario yang dilaporkan terjadi di kawasan pergunungan Bario yang terpencil itu pada 4 Oktober 1963.
Dipercayai bahawa seorang guru dan sekumpulan pelajar-pelajar dari suku bangsa Kelabit telah mengalami pertemuan Ilahi pada kira-kira 4 petang di situ pada hari itu.
Lanjutannya mereka telah telah mula mengadakan kebaktian-kebaktian doa di kampung-kampung mereka, di mana keluarga-keluarga yang sedang bergelut dengan isu-isu alkoholisme, pergaduhan dan kecurangan telah mengalami pembaharuan,
Sebulan kemudian, pasukan-pasukan telah diutus keluar ke kampung-kampung lain untuk lawatan misi.
Ada yang pergi kepada suku-suku bangsa lain seperti Kayan dan Kenyah di sepanjang sungai-sungai Tutoh, Apo dan Baram, dan kepada orang-orang Lun Bawang di kawasan-kawasan Ba'Kelalan dan Lawas, yang menyaksikan roh pertaubatan dan pemulihan perhubungan yang seperti itu.
Pada Disember 1973, terdengar berita bahawa kebangunan rohani yang serupa telah terjadi di Taginambur, Sabah.
Kini, 50 tahun kemudian, para penganjur berharap acara ini akan membawa bersama orang-orang Kristian dari Malaysia, Singapura dan Indonesia.
"Kebangunan rohani yang telah muncul dari Borneo adalah peristiwa penting dalam sejarah Kristian di Malaysia oleh kerana kesannya ke atas gereja-gereja dan orang-orang Kristian di kedua-dua kawasan luar bandar dan bandar," kata Rachel Bulan, seorang pastor Kelabit dan salah seorang penganjur utamanya dalam suatu kenyataan.
Pastor Rachel Bulan |
Acara rapat umum itu akan diketuai oleh Tribal Gathering, sekumpulan lintas suku bangsa, lintas generasi dan orang-orang Kristian antarabangsa yang ingin melihat kesatuan dipupuk di kalangan suku-suku bangsa, generasi-generasi dan bangsa-bangsa untuk membawa kesembuhan.
Penganjur-penganjur lain acara ini adalah anggota-anggota Borneo Evangelical Mission atau Sidang Injil Borneo, gereja-gereja Cornerstone Borneo, Persatuan Kelabit, Saban dan Berawan (PKSB) dan pelayanan Nehemiah Prayer.
Kehadiran adalah percuma dan pendaftaran digalakkan di laman rasmi Tribal Gathering:
https://www.tribalgatheringborneo.com/.
(Diterjemahkan daripada artikel New Sarawak Tribune bertajuk, "Thousands To Mark 50th Anniversary of Spiritual Revival" yang ditulis oleh Margaret Ringgit bertarikh 2 Oktober 2023)