Sabtu, 14 Mei 2011

Puisi "Kau Tiada"


  
“Kau Tiada
Kerana kau tak minta,”
Firman Tuhan Maha Pemurah.
Tapi kita insan pemalas
Berkat yang jelas
Kita terlepas.



“Kau Tiada
Kerana kau meminta
Dengan tak percaya,”
Firman Tuhan Maha Berkuasa.
Tapi kita manusia lemah
Menuduh Allah
Tiada berdaya tiada amanah.

“Kau Tiada
Kerana kau meminta
Dengan hati haloba
Harta-harta dunia,”
Firman Tuhan Maha Mulia.
Tapi kita orang sia-sia
Menurut nafsu dunia
Yang tak bawa bahagia.

“Kau Ada
Kalau kau minta
Dalam Nama Yesus,”
Firman Tuhan Maha Kudus.
Sebab kita sudah ditebus
Dosa kita habis terhapus
Oleh darah Yesus
Kita masuk ke tempat kudus.