Selasa, 7 Mei 2013

Choo Thomas, Penulis "Heaven Is So Real" Kembali Ke Pangkuan Tuhan

Choo Thomas

Choo Thomas, penulis buku Heaven Is So Real, telah kembali ke pangkuan Tuhan di syurga. 

Bermula 1996, Thomas mengatakan bahawa dia telah melawat syurga berkali-kali bersama Yesus. Dalam bukunya, dia menerangkan dengan terperinci segalanya yang dialaminya.

Ketika ditanya samada pengalaman syurgawinya adalah penglihatan atau mimpi, dia mengatakan "Aku tahu bahawa aku telah melihat syurga, dan aku tahu bahawa syurga itu sungguh nyata. Samada kita tempatkan pengalamanku dalam kategori mimpi, penglihatan atau pengalaman nyata, aku serahkan saja kepada ahli-ahli teologia. Yang aku dapat katakan ialah pengalaman-pengalaman itu sangat nyata bagiku."

Thomas mengatakan bahawa Tuhan menyuruhnya menuliskan pengalamannya dalam sebuah buku, dan buku itu - Heaven Is So Real - telah diterbitkan oleh Creation House/Charisma Media dan telah menjadi bestseller antarabangsa. Dia juga mengatakan bahawa Tuhan telah memberitahunya bahawa oleh kerana bukunya, sekurang-kurangnya sejuta orang akan melihat wajah-Nya.


Buku "Heaven Is So Real"

Thomas telah dilahirkan di Fukukon, Jepun. Sebagai rakyat Amerika berbangsa Korea, dia telah dibesarkan di Korea dan merupakan satu-satunya anak perempuan kepada ibu-bapa yang tidak kuat beragama. Pada tahun 1992, dia menerima Tuhan dengan cinta yang bersungguh-sungguh, dan dua tahun kemudian, dia telah pertama kalinya melihat kehadiran Yesus secara nyata. Pada 1995, dia mula mengalami manifestasi fizikal daripada Roh Kudus semasa di gereja, dan pada Januari 1996, suatu siri perjalanan ke syurga bersama Tuhan telah mengubah hidup dan masa depannya. Cintanya kepada Yesus telah melahirkan beban yang mendalam untuk jiwa-jiwa, membawa kepada keselamatan seluruh keluarganya dan membawa impak kepada setiap orang yang ditemuinya.

"Apabila aku melihat kehidupan orang ditransformasikan oleh Heaven Is So Real, ianya menjadikan berbaloi setiap kekecewaan yang pernah kulalui," Thomas pernah menuliskan. "Aku percaya begitu ramai pembaca telah merasakan bahawa mereka telah bersama Yesus di syurga dan telah melihat perkara-perkara yang Tuhan telah tunjukkan kepadaku melalui buku ini. Itulah sebabnya mereka menerima pengurapan daripada buku ini."


Buku "Heaven Is So Real" telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa
dan menjadi berkat kepada pembaca-pembaca dari seluruh dunia

Thomas telah berkahwin dengan Roger Thomas. Dia menjadi suri rumahtangga sehinggalah dia menulis Heaven Is So Real. Dia meninggalkan keluarga tersayang termasuk anak lelakinya, John Thomas dan isteri dengan dua anak mereka, dan anak perempuannya, Teresa Lang dengan dua anaknya.


(Diterjemah daripada artikel Charisma News bertajuk "'Heaven Is So Real' Author Choo Thomas Passes Away" bertarikh 6 Mei 2013 penulisan Jennifer Leclaire)