Isnin, 29 September 2014

Panggilan Doa 24-7 Tanpa Henti Untuk Negara

Doa 247 untuk Malaysia
Pelancaran Doa 24-7

Panggilan untuk Doa 24-7 Tanpa Henti telah dilancarkan secara rasmi pada September 16, 2014 di perayaan Sambutan Doa Hari Malaysia yang dianjurkan bersama oleh Majlis Gereja-Gereja Malaysia (CCM) dan National Evangelical Christian Fellowship (NECF).


Prayer United, iaitu gabungan antara NECF dan CCM, denominasi-denominasi, rangkaian doa dan persekutuan paderi, dimana 247 Doa Malaysia adalah ahli dalam gabungan ini, membawa seruan untuk menggerakkan gereja-gereja Malaysia untuk melancarkan doa 247 selama 2 tahun supaya dapat memberkati negara.




Seruan itu telah dibuat oleh sebab Malaysia kini menghadapi tragedi, cabaran, kemerosotan pesat dalam keadaan sosiopolitik, dan peningkatan tekanan ke atas gereja. Oleh kerana itu, tidak kurang daripada satu komitmen yang serius untuk 2 tahun diperlukan untuk berdoa bagi pemulihan negara. 

Kami percaya bahawa melalui doa-doa umat-Nya, Tuhan Allah akan menggunakan Gereja-Nya menjadi berkat kepada negara, untuk menjadi agen keamanan dan perdamaian, dan untuk mendekati jiran-jiran kita tercinta, walaupun kami menghadapi kesukaran dan cabaran.


Video Pelancaran Doa 247 Tanpa Henti Untuk Malaysia



Dapatkan maklumat lanjut dari laman FB 24-7 Doa Malaysia