Khamis, 13 November 2014

Sekarang Universiti Sabah Kata Penolakan Perayaan Krismas Cuma Salah Faham


KOTA KINABALU, 12 Nov - Universiti Malaysia Sabah semalam menegaskan bahawa ianya selalu mengizinkan perayaan Krismas tahunan di kampus, dengan mengatakan bahawa dakwaan ianya telah menyekat acara tahun-tahun sebelumnya dari kawasan kampus sebagai suatu salah faham biasa.

Naib canselor Prof Datuk Harun Abdullah mengesahkan kelulusan untuk perayaan tahun ini sambil menafikan bahawa UMS pernah menyekat pelajar-pelajar daripada mengadakan aktiviti dalam kawasannya. 

Pengesahan itu telah disampaikan kepada Malay Mail Online oleh timbalan naib canselor yang bertanggungjawab untuk hal ehwal pelajar, Dr. Ismail Ali.

"Setiap tahun kami telah meluluskannya, tetapi di luar universiti, kerana ia adalah acara besar. Sekarang mereka ingin mengadakannya di dalam, jadi OK," Dr. Ismail menulis dalam teks mesej kepada Malay Mail Online.

Datu satu kenyataan, Mohd Harun Abdullah mengatakan bahawa keputusan mengadakan  perayaan Krismas di luar kampus adalah kerana kekurangan ruang dan tempat meletak kereta di kampus. 

"Kami tidak pernah menghalang mana-mana kakitangan atau pelajar dari menganjurkan acara di kampus. Kami menggalakkan acara-acara yang boleh mengukuhkan budaya dan tradisi pelajar-pelajar kami yang bukan hanya menambah karakter tetapi juga membentuk moral di kalangan pelbagai bangsa dan agama," katanya.

Mengatakan bahawa ianya telah menyediakan suatu peruntukan untuk acara itu, naib canselor itu menerangkan bahawa UMS memberi pilihan kepada penganjur untuk mengadakannya di luar kampus kerana ini akan memperbolehkan lebih ramai orang menyertai daripada yang dapat ditampung oleh kampus. 

Mohd Harun juga mengatakan bahawa apa sahaja acara pelajar akan mendapat kelulusan universiti selagi ianya memenuhi peraturan dan syarat-syarat. 

Pemangku presiden United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisation (Upko), Datuk Madius Tangau bagaimanapun berkata bahawa perubahan itu berlaku setelah Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mary Yap menghubungi universiti itu dan campur tangan untuk permohonan itu diluluskan. 

"Saya gembira dengan kesudahannya. Saya gembira sebab selepas dua tahun mereka bertungkus lumus mendapatkan dana dan penaja dan mengatur untuk mengadakannya di luar kampus, akhirnya mereka dapat mengadakannya di tapak mereka sendiri di Sabah," kata Tangau.

Dia berkata Upko tidak pernah menyokong sebarang dasar diskriminasi dan berharap insiden itu tidak berulang lagi di mana-mana institut pengajian tinggi di negara ini. 

Semalam Malay Mail Online melaporkan dakwaan Tangau dan pelajar-pelajar bahawa UMS tidak meluluskan perayaan tahunan Krismas kecuali ianya diadakan di luar kampus. 

Menurut Tangau dalam satu kenyataan semalam, kumpulan-kumpulan Kristian di universiti itu telah mengadakan perayaan tahunan Krismas mereka di sebuah hotel untuk dua tahun yang lepas, dan sedang merencana mengadakan acara tahun ini di sebuah auditorium selepas usaha mereka untuk mengadakannya di kampus tidak diluluskan.

"Mereka diberitahu untuk mengubah lokasi perayaan untuk mendapat kelulusan. Sementara itu, acara-acara seperti Deepavali dan Pesta Tanglung, Aidil Fitri dan Tadau Kaamatan telah dirayakan secara besar-besaran," katanya. 

Semalam, pensyarah universiti, Paul Porodong memuji kelulusan itu, dengan mengatakan bahawa itu adalah langkah yang tepat untuk UMS. 

"Mungkin ianya salah faham atau tidak difikirkan dengan baik sebelumnya, tetapi ini menunjukkan bahawa universiti mempunyai dasar-dasar yang tepat dan terbuka kepada semua bangsa dan agama. Amatlah berpatutan bahawa sebuah pusat pengajian tinggi di Sabah, yang menjadi simbol masyarakat berbilang budaya yang harmoni mengamalkan sifat toleransi seperti ini," katanya. 

Seorang pelajar yang merupakan penganjur acara itu berkata dia merasa langkah itu positif kerana ianya akan mengurangkan bebanan jawatankuasa penganjur.

"Sebelum ini kami terpaksa mengatur begitu banyak lagi untuk mengadakannya di luar kampus, penyewaan tapak, pengangkutan untuk pelajar-pelajar, pengangkutan pergi balik untuk para penganjur. Ianya sebenarnya lebih baik dan mudah untuk mengadakannya di kampus di mana kebanyakan kami tinggal dan terbiasa dengan," katanya.

"Ini berita yang hebat. Ini tahun terakhir saya di universiti dan saya sangat gembira untuk dapat merayakan Krismas di kampus akhirnya," kata seorang lagi pelajar tahun ketiga. 

Bagaimanapun ianya belum diputuskan samada pihak penganjur akan mengubah lokasi acara, kerana mereka telah menempah tempat di auditorium Yayasan Sabah yang terletak 10 minit dari kampus dan telah mencetak tiketnya. 

Pemimpin PKR Sabah Darrell Leiking semalam mengatakan dia merasa amat marah apabila dia mendengar mengenai penolakan permohonan itu dan mempersoalkan integriti universiti itu dalam menangani situasi itu. 

"Perubahan keputusan itu berita baik tetapi hakikat bahawa ianya telah ditolak menunjukkan sikap yang wujud dalam sebahagian mereka," katanya semasa dihubungi oleh Malay Mail Online.

(Diterjemahkan daripada artikel Malay Mail Online bertajuk "Now, Sabah University Says Christmas Parti Snub Just A Mix-Up" penulisan Julia Chan bertarikh 12 November 2014)