Khamis, 27 November 2014

Tahukah Anda... Bangunan-Bangunan Tertinggi Di Dunia (2014)?

Berikut ialah bangunan-bangunan tertinggi di dunia pada tahun 2014, menurut carta yang diberikan dalam blog Greatest-Online. Bangunan tertinggi ialah Burj Khalifa di Dubai dengan ketinggian 2,717 kaki. Di tempat kedua ialah Shanghai Tower (2,073 kaki) diikuti oleh bangunan Albraj Al-Bait di Mekah (1,971 kaki). Menara Kembar Petronas di Kuala Lumpur kini berada di tempat yang kesembilan dengan ketinggiannya 1,483 kaki.


Satu pemerhatian menarik ialah 7 daripada 9 bangunan tertinggi dunia terletak di benua Asia, manakala dua yang selebihnya terletak di New York, Amerika Syarikat. 

Negara China memiliki 3 daripada senarai 9 bangunan tertinggi dunia iaitu Shanghai Tower, Shanghai World Financial Centre dan International Commerce Centre di Hong Kong.

Bangunan tertinggi dunia, Burj Khalifa hampir dua kali ketinggian bangunan kesembilan tinggi, Menara Kembar Petronas, Kuala Lumpur.