Jumaat, 12 Disember 2014

Orang-Orang Bukan Islam Boleh Gunakan Kalimah Allah Di Pulau Pinang, Kata Guan Eng



Orang-orang bukan Islam boleh menggunakan kalimah Allah di Pulau Pinang kerana enakmen yang melarang penggunaan kalimah itu tidak dapat dikuatkuasa ke atas mereka, kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Ahli dewan perundangan Pulau Pinang itu berkata adalah dinyatakan dengan jelas bahawa Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Pulau Pinang) 2004 digunapakai kepada orang-orang Islam sahaja. 

"Walaupun ianya menyatakan bahawa orang-orang bukan Islam tidak boleh menggunakan kata-kata itu, ianya tidak dapat dikuatkuasa kerana enakmen ini hanya digunapakai kepada orang-orang Islam sahaja dan ianya hanya dapat dikuatkuasa ke atas orang-orang Islam," katanya.

Dia berkata bahawa kerajaan tidak pernah meluluskan apa-apa perundangan untuk membenarkan enakmen itu digunapakai ke atas orang-orang bukan Islam. 

Satu senarai 40 perkataan termasuk Allah, Solat, Ulama, Soleh, Mufti, Iman, Surau dan Nabi, telah disyhtiharkan sebagai eksklusif kepada orang-orang Islam oleh Mufti Pulau Pinang dan dikuatkuasakan pada 2010 seperti yang dinyatakan oleh subseksyen 48(3) dan (4) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Pulau Pinang) 2004, 

"Isu kalimah Allah tidak timbul di sini di Pulau Pinang kerana mereka di Pulau Pinang melaksanakan ibadah mereka terutamanya dalam Bahasa Inggeris, Cina atau Tamil," katanya.

Isu kalimah Allah membawa kesan terutamanya kepada orang-orang Kristian Malaysia Timur yang beribadah dalam Bahasa Malaysia.

Lim berkata walaupun tidak ada larangan ke atas penggunaan kalimah Allah di Pulau Pinang, ianya secara umumnya tidak digunakan oleh orang-orang Kristian di sini kerana ianya bukan budaya tempatan di sini.

Setiausaha agung DAP itu sedang menjawab kenyataan yang dibuat oleh Ti Lian Ker dari MCA yang mendesak Pualu Pinang menarik balik larangan penggunaan 40 perkataan di bawah enakmen itu.

Ti telah dilaporkan menanya mengapa negeri pimpinan Pakatan Rakyat itu tidak menarik balik larangan ke atas bukan Islam untuk menggunakan 40 perkataan itu sedangkan ianya memiliki 30 daripada 40 kerusi di dewan undangan negeri.

Penggunaan kalimah Allah, perkataan Arab untuk merujuk kepada Tuhan, telah menjadi isu pertikaian di antara orang-orang Islam dan Kristian di negara ini. 

Kalimah itu dianggap oleh orang-orang Islam Malaysia sebagai eksklusif kepada Islam meskipun kalimah itu telah digunakan oleh masyarakat-masyarakat Bumiputera Kristian di Sabah dan Sarawak selama berdekad-dekad. 

(Diterjemah daripada artikel The Malay Mail Online bertajuk "Non-Muslims Can Use The Word 'Allah' In Penang, Says Guan Eng" penulisan Opalyn Mok bertarikh 12 Disember 2014)