Jumaat, 9 Januari 2015

Brunei Melarang Perayaan Krismas Secara Terbuka

Dekorasi Krismas di Kuala Lumpur. Brunei telah membuat pengumuman mengenai
larangan mengadakan perayaan Krismas secara terbuka di negara itu

Negara kaya petroleum, Brunei telah membuat larangan ke atas perayaan Krismas secara terbuka oleh kerana mengkhuatiri orang-orang Islam terpesong, kementrian hal ehwal agamanya mengatakan hari ini, di negara yang pada tahun lalu telah menimbulkan kontroversi apabila memperkenalkan undang-undang syariah Islam yang berhukuman berat.

Larangan itu yang telah dilaksanakan selepas Krismas tahun lepas apabila kanak-kanak dan orang-orang dewasa tempatan telah dilihat berpakaian "menyerupai Santa Klaus", telah menimbulkan kebimbangan baru mengenai sekatan-sekatan keagamaan selepas pengumuman April lalu mengenai perlaksanaan undang-undang jenayah yang akhirnya akan melibatkan hukuman seperti pemotongan tangan dan kematian melalui rejaman batu.

Seorang jurucakap enggan memberi ulasan mengenai larangan itu, tetapi telah merujuk kepada satu kenyataan 27 Disember di mana kementrian telah menyatakan bahawa tindakan mengadakan upacara atau perayaan bukan Islam di tempat awam "boleh dilihat sebagai penyebaran agama-agama selain dari Islam."

Ianya menyatakan secara khusus, "Sebagai contohnya, sempena perayaan Krismas, kanak-kanak, remaja dan orang dewasa Islam boleh dilihat memakai topi atau pakaian yang menyerupai Santa Klaus."

"Pengikut-pengikut agama lain yang hidup di bawah pemerintahan sebuah negara Islam - menurut Islam - boleh mengamalkan agama mereka atau merayakan perayaan agama mereka di kalangan masyarakat mereka, dengan syarat bahawa perayaan mereka tidak dimaklumkan atau ditunjukkan secara awam kepada orang-orang Islam," begitu dinyatakan kenyataan itu.

"Orang-orang Islam harus berhati-hati agar tidak mengikuti perayaan-perayaan seperti itu yang mana tidak ada kaitan dengan Islam... dan boleh secara tanpa sedar merosakkan akidah orang-orang Islam."

Kenyataan itu juga menyatakan bahawa perniagaan-perniagaan yang mempamerkan dekorasi-dekorasi Krismas secara terbuka telah diminta menurunkannya dan mereka telah memberikan "kerjasama penuh" mereka.

Langkah terbaru ini diambil selepas Sultan Hassanal Bolkiah, Sultan Brunei yang berpengaruh, mengumumkan pada bulan April lalu bahawa dia akan meneruskan perlaksanaan undang-undang jenayah yang baru yang telah membangkitkan kritikan tempatan yang jarang-jarang berlaku terhadap pemerintah yang tersangat kaya itu, dan juga membangkitkan kecaman antarabangsa. - AFP, 8 Januari 2015.

(Diterjemah daripada artikel The Malaysian Insider bertajuk "Brunei Bans Public Christmas Celebrations To 'Protect' Islamic Faith" bertarikh 8 Januari 2015)