Rabu, 15 April 2015

3 Cara Mudah Mencari Artikel Yang Anda Ingini Di Blog (domba2domba)



Oleh kerana terdapat beratus artikel di blog ini, adakalanya sukar untuk para pembaca mencari sesuatu artikel, terutamanya artikel lama yang pernah dimuatkan di blog ini. 

Oleh itu, saya telah sediakan 3 cara mudah untuk anda mencari artikel yang anda inginkan.


1. Klik di Tab Tajuk (di bahagian atas blog)

Contohnya anda ingin mencari artikel mengenai pemuzik Kristian, anda boleh klik "Tokoh Muzik dan Drama" di Tab Tajuk yang telah disediakan.




2. Klik di Ruangan Label (di kolum bawah blog)

Contohnya anda ingin mencari kesaksian dari Asia, anda boleh klik "Kisah dari Asia" yang menunjukkan ada 29 artikel mengenai tajuk itu.




Selepas itu, kamu akan ditunjukkan skrin dengan artikel-artikel yang berlabel "Kisah Dari Asia." Namun begitu oleh kerana skrin hanya dapat memuatkan lebih kurang 20 artikel terbaru, jika anda ingin melihat artikel-artikel yang lebih lama, anda boleh klik "Catitan Lama" pada penghujung artikel paling bawah;





3. Taip di Ruang Carian dan klik "Search"

Contohnya anda ingin membaca artikel mengenai Sidney Mohede, anda hanya perlu taip "Sidney Mohede" di Ruang Carian dan klik "Search" seperti di bawah.




Setelah anda klik "Search", akan keluar Hasil Carian anda seperti yang berikut:


Itulah dia 3 cara mudah mencari artikel di blog ini. Jika anda masih tidak dapat mencari artikel yang anda ingini, sila klik laman Facebook kami (di kolum kanan), dan kami akan membantu pertanyaan anda.

Selamat Mencari & Membaca!