Justin Bieber dalam suatu persembahan konsert |
Justin Bieber telah banyak berkata mengenai iman Kristiannya dan berkata bahawa dia sedang mengubah cara hidupnya. Bintang pop itu mempraktikkan apa yang dikatakannya semasa suatu konsert di mana, selepas mempersembahkan lagu-lagu dari albumnya yang baru, dia menggunakan masa di pentas untuk berkata mengenai hubungannya dengan Tuhan.
Christian Today melaporkan bahawa semasa konsertnya di Staples Center di Los Angeles, selepas menyanyi versi akustik lagu-lagu lama dan barunya dan menunjukkan suatu filem yang menampilkan setiap lagu dari album barunya "Purpose," Bieber mula berkongsi mengenai cintanya untuk Tuhan.
Bieber duduk di atas sebuah kerusi bersebelahan pastornya, Judah Smith, dan menurut pengulas L.A. Times, Mikael Wood, "lebih kurangnya berkhutbah."
"Dia berkata mengenai kepentingan mengekalkan sikap yang positif dan mengelilingi dirinya dengan orang-orang yang memberi dorongan," Wood meneruskan. "Dia mengatakan mengenai hubungannya dengan Tuhan yang telah menolongnya bangkit semula selepas serentetan masalah yang telah dilaporkan dengan meluas oleh akhbar-akhbar tabloid."
Bieber juga telah menunjukkan kerendahan hati yang baru apabila, sewaktu sesi soal jawab dengan para penonton, seorang wanita menanya bagaimana untuk menghadapi putus cinta, dia menjawab bahawa dia tidaklah mahir dalam kaunseling mengenai perhubungan oleh kerana dia sendiri gagal untuk "mengekalkan suatu perhubungan."
Dalam temuramah baru-baru ini dengan majalah Complex dan Billboard, Bieber tidak segan untuk memperkatakan mengenai imannya dan apa yang memberinya motivasi untuk mengubah hidupnya.
Lagu-lagu dalam album barunya juga menunjukkan perubahan sikapnya, menurut Wood. Faktanya, lagu-lagu dalam album itu telah dianggap terlalu berunsur agama sehingga dilarang di sesetengah negara Timur Tengah.
(Diterjemahkan oleh SDP daripada artikel Christian Headlines bertajuk, "Justin Bieber Uses L.A. Concert To Talk About His Faith" penulisan Veronica Neffinger bertarikh 23 November 2015)