Justin Bieber |
Justin Bieber meneruskan transformasi imejnya dari seorang selebriti muda yang bermasalah kepada seorang bintang pop yang berhati tulus dan dipulihkan. LA Times baru-baru ini menyiarkan ulasan mengenai suatu konsert yang diadakan baru-baru ini untuk mempromosi album barunya Purpose, dengan memberi tajuk berita "Bagaimana Justin Bieber Mengubah Staples Center Menjadi Megachurch" Dalam ulasan itu, akhbar itu menyatakan,
Di antara menaiki papan lungsur dan menyanyi, bagaimanapun, Bieber duduk di atas kerusi bersebelahan Judah Smith, orang yang disebut sebagai pastornya, dan lebih kurangnya berkhutbah. Dia mengatakan mengenai kepentingan mengekalkan sikap yang positif dan mengelilingi dirinya dengan orang-orang yang sering memberi dorongan. ("Mengkagumkan," kata Smith.) Dia menyatakan mengenai hubungannya dengan Tuhan yang telah membantunya bangkit kembali selepas serentetan masalah yang telah dilaporkan dengan meluas oleh akhbar-akhbar tabloid.
Bieber telah dilaporkan beberapa kali baru-baru ini secara terbuka membincangkan iman Kristiannya, menyebut mengenai Bethel Worship dan sampai juga mengajak seorang penulis profail bagi majalah Billboard untuk bersama mengikuti kebaktian gereja. Dalam artikel muka depan untuk Complex, Bieber menjelaskan, Saya hanya ingin secara jujur hidup seperti Yesus. Bukan jadi Yesus – saya tak akan pernah dapat – saya tidak mahu ini dipandang pelik. Dia telah menciptakan rangka yang mengkagumkan untuk bagaimana mengasihi orang lain, dan bagaimana melayani orang lain dengan baik dan luhur. Jika anda dapat percaya, Dia telah mati untuk dosa kita. Kadangkala apabila saya tidak merasa ingin untuk melakukan sesuatu, tetapi saya tahu ianya sesuatu yang baik, saya teringat, saya cukup pasti bahawa Yesus tidak merasa ingin pergi ke salib dan mati supaya kita tidak perlu merasa apa yang kita harus merasa... Kita ada Penyembuh yang paling agung sekali, dan nama-Nya Yesus Kristus, Dan Dia benar-benar menyembuhkan. Inilah dia. Sudah tiba waktunya kita semua nyatakan suara kita. Apa pun yang kamu percaya. Kongsikanlah. Saya di tahap di mana saya tidak lagi menyimpan semuanya di dalam.
(Diterjemah oleh SDP daripada artikel Relevant Magazine bertajuk, "Report: Justin Bieber Turned A Concert Into A Church Service" bertarikh 24 November 2015)