Oleh WanderRock | diterbitkan 11 Disember 2012 | Kota Kinabalu, Malaysia
"NOTA PENERBIT CNN; iReporter Peter Harris telah bertukar Krismas bersalji putihnya di Wisconsin dengan cuaca panas dan lembap Malaysia pada Krismas ini.
Penyelaras program sukarelawan yang berusia 33 tahun ini telah mengambil foto ini berkenaan Karnival Krismas tahunan di Kota Kinabalu, Malaysia di mana dia sedang bertugas.
"Di sini, di Borneo Malaysia, di mana penduduk Kristian merupakan peratusan yang cukup besar, Krismas adalah musim di mana gereja-gereja merayakan dengan pelbagai perayaan di jalan raya jua," jelasnya.
Perayaan tahunan Krismas itu berjalan selama empat malam dan terdiri dari satu pasar besar Krismas di mana badan-badan kebajikan menjual makanan dan kraf tangan untuk mendapatkan dana bagi pekerjaan mereka. Di lapangan utama, mereka telah meletakkan sebuah pokok Krismas yang besar dan pondok Natal dan beberapa mesin salji tiruan.
"Rasanya seperti pelik berdiri di situ sambil berpeluh dalam cuaca panas tropika Borneo dikelilingi oleh Lampu-Lampu dan Lagu-Lagu Karol Krismas, dan Patung-Patung Orang-Orang Majus dan Unta sambil salji buatan bertiup melalui pokok-pokok Palma di sekeliling kamu," katanya.
"Bagi saya, karnival ini adalah contoh yang sempurna mengenai kepelbagaian yang menjadikan Malaysia suatu tempat yang sangat menarik untuk diterokai. Ianya juga suatu peringatan betapa tempat ini penuh kehairanan; maksud saya siapa yang akan menyangka bahawa 'Feliz Navidad' akan menjadi lagu karol yang paling hit di sini? dinyanyikan dalam bahsa Sepanyol, Inggeris dan Melayu, ianya membawa senyuman lebar kepada saya setiap kali mendengarnya," tambahnya.
- stinabacker, penerbit CNN iReport
Kota Kinabalu ialah ibu negeri Sabah, Malaysia di kepulauan Borneo. Walaupun Islam adalah agama majoriti secara kebangsaan, di wilayah ini agama Kristian benar-benar menyinar.
Kumpulan-kumpulan Kristian berkumpul di penjuru-penjuru jalan untuk menyanyikan lagu-lagu karol Krismas ('Feliz Navidad' yang terutama popular) sementara penyanyi-penyanyi dan penari-penari dari masyarakat pelbagai etnik Sabah mengambil tempat di pentas. Perayaan itu berakhir dengan pertunjukan bunga api di langit.
Karnival ini, bagi saya, adalah peringatan paling menarik mengenai identiti Malaysia yang pelbagai budaya dan agama.
(Diterjemah oleh SDP daripada artikel CNN iReport bertajuk, "Gaya Street Christmas Carnival" penulisan WanderRock bertarikh 11 Disember 2012)