Isnin, 28 Disember 2015

Damai, Pengharapan Dan Sukacita Dapat Kurangkan Bunuh Diri

Kebaktian Krismas di SIB Likas. Berdiri tiga dari kiri ialah Rev Jerry Dusing (Foto Daily Express)

Pastor Dr. Paul Ang
(Foto Daily Express)
Oleh Mary Chin (The Daily Express):

KOTA KINABALU: Insiden bunuh diri di dunia akan berkurangan dengan banyak jika setiap orang menyambut damai, pengharapan dan sukacita. 

Menyampaikan pandangan ini, Pastor Dr. Paul Ang dari Gereja SIB di Kuala Lumpur berkata mesejnya ialah jika orang memiliki damai di hati, dan pengharapan, sebab untuk hidup, maka akan ada sukacita dan tujuan dalam hidup sehingga mereka ghairah akan kehidupan setiap hari. 

"Terjadi banyak kes bunuh diri di dunia adalah kerana mereka yang mengambil nyawa sendiri tidak memiliki damai, pengharapan dan sukacita dalam kehidupan.

"Jika tidak ada damai dalam keluarga untuk sesuatu sebab tertentu, di manakah sukacita dalam hidup? Apakah erti kehidupan tanpa sukacita dan kebahagiaan? 

"Apabila kita tidak memiliki pengharapan, kita akan memiliki kecenderungan mengambil nyawa sendiri. Apabila seseorang tidak dapat melihat harapan atau cahaya di penghujung jalan, dia akan berfikir tidak ada maknanya untuk hidup," dia berkata dalam khutbahnya di Kebaktian Hari Krismas di Gereja SIB Likas (Bahasa Inggeris) di sini. 


Keratan akhbar Daily Express bertarikh 27 Disember 2015

Bagaimanapun Dr. Ang mengatakan bahawa jika orang menemui Yesus, mereka akan menerima dengan limpahnya damai, pengharapan dan sukacita. "Apabila anda memiliki Yesus (yang juga dipanggil Raja Damai) di hati anda, Dia memberi anda pengharapan untuk hidup dan mengisi anda dengan sukacita dan kebahagiaan."

Oleh kerana itu, dia menegaskan bahawa damai, pengharapan dan sukacita adalah tiga perincian utama yang setiap manusia perlukan dalam kehidupan. biar miskin atau kaya. 

Mengenai tema perayaan - Intinya Krismas - Dr, Ang berkata ianya membawa erti damai, pengharapan dan sukacita bagi setiap anggota jemaat. 

"Yesus membawa damai, pengharapan dan sukacita sehingga mendorong kita untuk hidup bagi Tuhan sebab kini ada tujuan untuk kehidupan," tambahnya. 

Lebih penting lagi, Pastor itu berkata, Yesus mengasihi kita dan mati untuk kita di kayu salib "supaya apabila kita mati, ada pengharapan untuk pergi ke Syurga." 

Sambil berkata bahawa setiap agama mempercayai bahawa ada kehidupan selepas maut, dia mengatakan bahawa orang-orang Kristian percaya akan Syurga kerana Yesus berkata, 'Akulah Jalan, Kebenaran dan Hidup sebab tidak ada seorangpun yang datang kepada Bapa-Ku (Allah) melainkan melalui Aku."

Dr. Ang meneruskan, "Yesus telah menyediakan jalan, dengan itu apabila kita percaya pada Yesus, kita mempunyai rasa jaminan bahawa jika hari ini saya meninggalkan dunia, saya akan kembali kepada Bapa saya di Syurga.

"Itulah sebabnya kisah Krismas itu sungguh penting. Bukan saja ada damai dan sukacita tetapi juga ada pengharapan bahawa pada suatu hari apabila kita meninggal dunia samada kerana usia tua atau sebab lain, kita akan pergi ke Syurga." 

Turut hadir adalah Presiden SIB, Rev Datuk Jerry Dusing, dan isterinya Pastor Lee Lee dan Penatua Gereja Andy Wong.

Sementara itu ribuan umat Katolik memberi penghormatan kepada Kristus di Palungan yang telah dibina khas di luar Gereja Sacred Heart untuk memperingati kelahiran Kristus lebih 2000 tahun yang lalu.

Di Gereja All Saints, Biskop Anglikan Diosis Sabah, Rt Rev Biskop Melter Jiki Tais telah berkhutbah dalam Kebaktian Hari Krismas.

(Dipetik dan diterjemah daripada artikel Daily Express bertajuk, "Peace, Hope And Joy Can Reduce Suicides" penulisan Mary Chin bertarikh 27 Disember 2015)