Jumaat, 8 Januari 2016

5 Misionari Menggadai Nyawa Untuk Menjangkau Kaum Auca


2 Januari 1956 adalah hari yang dinanti-nantikan oleh Jim Elliot, berusia 29 tahun, hampir seumur hidupnya. Dia melonjat dari katil, berpakaian secepat mungkin, dan bersiap sedia untuk penerbangan pendik ke atas hutan tebal Ecuador. Hampir tiga tahun pelayanan di kawasan hutan dan berjam-jam perancangan dan doa telah membawa Jim ke hari ini. Dalam masa beberapa jam, dia dan empat lagi misionari akan membuat kem di kawasan satu suku bangsa pribumi yang berbahaya dan tidak bertamadun yang dikenali pada masa itu sebagai suku Auca, dan dikenali sekarang sebagai Waodani. Orang-orang Auca telah membunuh semua orang luar yang tertangkap di kawasan mereka. Walaupun ianya berbahaya, Jim Elliot tidak ada keraguan bahawa Tuhan mengkehendakinya untuk memberitahu suku Auca mengenai Yesus.

Membesar di Oregon

Sebagai seorang anak kecil yang membesar di Portland, Oregon, Jim Elliot telah mendengar dengan penuh perhatian sambil para misionari yang mengunjungi gerejanya menceritakan mengenai kehidupan di ladang misi di negara yang jauh. Dia menanya mereka soalan dan berimpian untuk menjadi seorang misionari pada suatu hari kelak. Dia berasa sedih bahawa begitu ramai orang di negara-negara lain yang mati tanpa mengenali Tuhan.

Perjalanan Jauh Melalui Kapal

Jim Elliot
Pada 2 Februari 1952, Jim Elliot melambai tangan mengucapkan selamat tinggal kepada ibu bapanya dan menaiki kapal laut untuk perjalanan 18 hari dari San Pedro, California ke Quito, Ecuador, Amerika Selatan. 

Dia dan rakan misionarinya, Pete Fleming, mula-mulanya menghabiskan setahun di Quito untuk mempelajari bahasa Sepanyol. Kemudian mereka berpindah ke Shandia, sebuah perkampungan kecil suku kaum Quichua untuk mengambil alih tempat misionari di situ yang akan bersara. Jim dan Pete belajar bersungguh-sungguh untuk mempelajari bahasa di situ dan untuk menyesuaikan diri dengan orang tempatan. Kerja kuat mereka berhasil; dalam masa enam bulan, kedua-dua cukup fasih berbahasa Sepanyol untuk berpindah ke Shandia. Apabila mereka tiba di Shandia, mereka juga perlu mempelajari bahasa orang-orang Quichua. 

Rancangan untuk Menjangkau Suku Auca

Tiga tahun kemudian, ramai orang Quichua telah menjadi orang Kristian yang setia. Jim kini mula merasa bahawa sudah tiba waktunya untuk memberitahu orang-orang Auca mengenai Yesus. 

Orang-orang Auca telah membunuh ramai orang Quichua. Mereka juga telah membunuh beberapa pekerja di sebuah tapak syarikat mencari gali minyak berdekatan kawasan mereka. Syarikat minyak itu telah menutup tapak itu sebab semua orang takut untuk bekerja di situ. Jim tahu bahawa satu-satu cara untuk menghentikan orang-orang Auca dari membunuh adalah dengan memberitahu mereka mengenai Yesus. Jim dan empat orang lagi misionari di Ecuador mula merancang cara untuk menunjukkan kepada orang-orang Auca bahawa mereka ingin bersahabat.  

Nate Saint, seorang juruterbang bekalan untuk misionari, telah merangka satu cara untuk menurunkan baldi yang penuh dengan bekalan untuk orang-orang di sana sambil berterbangan di atas mereka. Dia berfikir itu adalah cara yang paling bagus untuk mendapatkan kepercayaan orang-orang Auca tanpa membahayakan sesiapa. Mereka mula menjatuhkan pelbagai hadiah untuk orang-orang Auca. Mereka juga menggunakan pembesar suara untuk mengucapkan beberapa rangkai kata Auca yang mesra. Setelah berbulan-bulan, orang-orang Auca juga telah menghantar satu hadiah melalui baldi itu kepada kapal terbang. Jim dan misionari yang lain berasa bahawa sudah tiba waktunya untuk mereka bertemu muka ke muka dengan orang-orang Auca. 

Pantai Pendaratan

Pada suatu hari semasa penerbangan melalui kawasan Auca, Nate Saint terlihat sebuah pantai yang kelihatan cukup panjang untuk pendaratan kapal terbang. Dia merencana untuk mendarat di situ dan mereka boleh membina rumah di atas pokok untuk tinggal secara selamat sehingga hubungan persahabatan dapat dijalin.

Para misionari itu diterbangkan seorang demi seorang dan diturunkan di pantai Auca itu. Nate Smith kemudiannya membuat penerbangan ke atas perkampungan Auca dan memanggil kepada orang-orang Auca untuk datang ke pantai itu. Selepas empat hari, seorang lelaki dan dua wanita Auca muncul. Mereka sukar saling memahami sebab para misionari itu hanya tahu beberapa rangkai kata Auca. Mereka berkongsi makanan, dan Nate membawa lelaki itu menaiki kapal terbang untuk satu penerbangan. Para misionari itu berusaha menunjukkan persahabatan yang ikhlas dan meminta mereka membawa kawan-kawan lain pada waktu akan datang.

Juruterbang Nate Saint dengan lelaki Auca yang datang menemui mereka

Untuk dua hari berikutnya, para misionari itu menanti orang-orang Auca yang lain untuk datang. Akhirnya pada hari keenam, dua wanita Auca berjalan keluar dari hutan. Jim dan Pete gembira dan melonjat ke dalam sungai dan berjalan di dalam air ke arah mereka. Jim dan Pete hampir serta-merta mendengar suatu jeritan yang mengerikan di belakang mereka. 

Apabila mereka berpaling ke belakang, mereka melihat sekumpulan pahlawan Auca dengan lembing yang terangkat. Jim Elliot mula mencapai pistol di koceknya. Dia perlu membuat keputusan serta-merta samada untuk menggunakannya. Tetapi dia tidak dapat menggunakannya. Setiap daripada misionari itu telah berjanji mereka tidak akan membunuh seorang Auca yang tidak mengenal Yesus untuk menyelamatkan diri dari dibunuh. Dalam beberapa saat, pahlawan-pahlawan Auca itu membaling lembing mereka, membunuh kesemua misionari itu: Ed McCully, Roger Younderian, Nate Saint, Pete Fleming dan Jim Elliot.

Menanti Berita

Jim dan Elisabeth telah
berkahwin pada 1953
di Ecuador
Lewat petang Ahad, 8 Januari, Elisabeth Elliot, isteri Jim, menanti di sebelah radio perhubungan dua hala untuk mendengar Nate Saint dan isterinya bercerita mengenai apa yang terjadi pada hari itu. Tetapi tidak ada panggilan yang datang. Sambil petang bertukar malam, isteri-isteri itu menjadi bimbang. Mereka tahu itu bukan berita baik.

Pada keesokan pagi seorang lagi juruterbang misionari membuat penerbangan ke atas pantai itu untuk mencari mereka. Dia hanya dapat melihat kapal terbang yang telah dirosakkan dengan teruk di atas pantai. 

Berita telah tersebar dengan cepat ke sekeliling dunia mengenai lima misionari yang kehilangan itu. Satu pasukan mencari dari Amerka Syarikat pergi ke pantai itu dan menjumpai mayat misionari-misionari itu dan mengkebumikan mereka. 

Tetapi jangan sangka bahawa Operasi Auca berakhir di situ, sebab ianya tidak. Dalam masa kurang dari dua tahun, Elisabeth Elliot dan anak perempuannya, Valerie, dan Rachel Saint (adik perempuan Nate) telah dapat berpindah ke perkampungan Auca itu. Ramai orang Auca menjadi Kristian. Kini mereka suku kaum yang peramah. Misionari-misionari, termasuk anak Nate Saint dan keluarganya, masih tinggal di kalangan orang-orang Auca sehingga hari ini.

Elisabeth Elliot meneruskan pelayanan suaminya di kalangan kaum Auca

Elisabeth Elliot juga telah membantu membuat satu filem mengenai Operasi Auca yang dinamakan Through Gates of Splendor. Ianya menunjukkan babak yang sebenar misionari-misionari itu di atas pantai bersama orang-orang Auca yang peramah. Ianya juga menyelitkan liputan dari dua tahun semasa dia dan anak perempuannya tinggal di sebuah kampung Auca. 

Misi Jim

Semasa hayatnya, Jim Elliot rindu melihat lebih ramai orang menjadi misionari. Namun begitu, dalam kematiannya, dia mungkin telah menginspirasikan lebih ramai orang untuk pergi ke negara-negara lain untuk mengongsikan kasih Kristus daripada yang dapat dilakukannya semasa hidupnya. 

"He is no fool who gives what he cannot keep to gain that which he cannot lose."  - Jim Elliot 
"Itu bukan seorang bebal yang memberikan apa yang dia tidak dapat simpan untuk mendapat apa yang dia tidak dapat hilang." - Jim Elliot

(Diterjemah oleh SDP daripada artikel Christianity.com bertajuk, "Jim Elliot: No Fool")