Khamis, 7 Januari 2016

Jordan Smith, Juara The Voice Ditemuramah Oleh Ps Rick Warren

Juara The Voice, Jordan Smith (kiri) ditemuramah oleh Pastor Rick Warren

Juara The Voice musim yang ke-9, Jordan Smith berkongsi mengenai hubungannya dengan Yesus dan kejayaannya yang mengkagumkan dengan penyampaian lagu, "Great Is Thy Faithfulness" dan bagaimana dia mengatasi rasa tidak berkemampuan semasa rancangan itu.

Rick Warren bertanya, "Bagaimanakah Tuhan telah setia kepada kamu?

Smith menjawab, "Ya sebenarnya, bagaimanakah Tuhan tidak setia kepada saya? Dia telah melakukan begitu banyak untuk saya. Dia telah menyembuhkan ahli-ahli keluarga saya, Dia telah menyembuhkan saya. Dia telah memberi saya begitu banyak. Tetapi, perkara yang paling besar yang pernah saya terima daripada Tuhan, saya tahu, ialah keselamatan saya. Dan jika Dia tidak melakukan apapun yang lain untuk saya dalam seumur hidup saya, itupun sudah sesungguhnya mencukupi. Segala sesuatu yang lain adalah bonus tambahan."

"Saya memberitahu Tuhan sejak lama dahulu bahawa saya tidak ingin menggunakan nama-Nya untuk mengembangkan kedudukan saya, tetapi saya selalu ingin menggunakan kedudukan saya untuk mengembangkan nama-Nya dan melakukan apa yang saya dapat untuk memasyhurkan nama-Nya," sambung Smith. "Dan Dia begitu setia untuk memberikan saya kedudukan itu dan memberikan saya pentas itu untuk mengembangkan-Nya, dan itu baru satu cara Dia telah setia kepada saya."

Smith mengikuti uji bakat dua tahun yang lalu dan tidak terpilih untuk mengikuti rancangan itu. Dia berkongsi apa yang berlaku apabila dia bergelut melalui perasaan ketidakmampuan dan rasa takut dikecewakan. 

"Saya perlu akui bahawa saya tidak cukup baik dalam kekuatan saya sendiri dan dalam keupayaan saya. Saya tidak berkecukupan.Tidak seorangpun kita yang berkecukupan. Tetapi di mana saya menemui kebuntuan, di situlah jalan Tuhan bermula. Dan Dia akan mengambil segala sesuatu yang di luar kawalan kita dan Dia akan melakukan bahagian-Nya selagi kita melakukan apa yang kita dapat dengan apa yang di dalam kawalan kita. Jadi, saya cuma perlu lakukan itu pada setiap minggu."

(Diterjemah oleh SDP daripada artikel Church Leaders bertajuk, "Pastor Rick Warren Interviews Winner Of The Voice Jordan Smith" penulisan Esther Laurie bertarikh 7 Januari 2015)

Tontonlah temuramah yang sepenuhnya di sini - sungguh berkuasa!

Pastor Rick Interviews Jordan Smith, winner of The Voicee
You've been asking to see it again so here it is, the Jordan Smith interview with Pastor Rick.
Posted by Saddleback Church on Monday, January 4, 2016