Biskop Larry Wright |
Biskop Larry Wright telah berkhutbah selama 20 minit pada hari menjelang Tahun Baru apabila dia melihat pintu depan gerejanya di Carolina Utara terbuka luas. Seorang pemuda yang tidak kemas dan yang tidak dikenalinya meluru masuk. Pada sebelah tangannya ialah senapang separuh automatik; di sebelah tangan lagi ialah lembaran kelongsong peluru.
Sambil lelaki itu menuju ke mimbar - dan sambil Wright bergerak secara berhati-hati ke arahnya - sebahagian daripada 60 atau lebih anggota gereja Heal the Land Outreach Ministries pimpinan Wright di Fayetteville mempercayai bahawa lelaki bersenjata itu adalah peragawan bantu mengajar, Wright memberitahu NBC News, dan bahawa pastor mereka sedang menggunakan satu kaedah yang luar dari kebiasaan untuk memberi penekanan terhadap perkara yang sedang diucapkannya tepat pada ketika itu mengenai keganasan menggunakan senjata api: "Pada bila-bila waktu, nyawamu boleh diambil daripadamu."
Dia bukan melakukan itu.
Wright, 57 tahun, adalah seorang anggota Majlis Bandar. Tetapi dia juga pernah menjadi anggota tentera – bekas tentera payung terjun dan sarjan perbarisan yang telah bersara pada 1997 – dan latihan tenteranya mula terangsang ketika dia menuruni tiga anak tangga dari mimbar: Masih adakah peluru dalam senapang? Perlukah dia merempuh orang itu? Perlukah dia menguasainya?
"Saya menanya dia, 'Bolehkah saya membantu kamu?'" Wright mengingat semula. "Dia berkata, "Bolehkah kamu berdoa untuk saya?'"
Wright mengambil senapang itu dan menyerahkannya kepada seorang diaken. Kemudian dia memeriksa orang itu untuk memastikan bahawa dia tidak memiliki senjata lain. "Saya memohon agar Tuhan menolongnya dan memberkatinya," kata Wright. "Dia jatuh berlutut, dan mula menangis."
Dia rupa-rupanya, seorang banduan yang telah dibebaskan awal dengan syarat di bawah penyeliaan dan seorang bekas anggota tentera yang sedang mengidap sindrom stres trauma selepas perang, Wright memberitahu NBC News. Isterinya baru-baru itu telah disahkan dijangkit penyakit yang serius, dan dia sendiri telah berhenti mengambil ubatnya. Dia perlukan wang. Dia amat tertekan.
"Dia mendapatkan senapang itu kerana dia bercadang untuk merompak demi mendapatkan wang," kata Wright. "Dia akan melakukan apa sahaja untuk menjaga keluarganya."
"Dia bersedia melakukan keganasan," tambah Wright.
Tapi sebaliknya, sambil Wright menghabiskan khutbahnya, lelaki itu duduk di sebuah bangku berdekatan dengan mimbar.
"Saya pun menghabiskan khutbah. Saya membuat panggilan mimbar dan dia terus berdiri, datang ke hadapan mimbar, dan menyerahkan hidupnya kepada Kristus," kata pastor itu. "Saya turun ke bawah dan berdoa dengannya dan kami berpelukan. Ianya seperti seorang ayah memeluk anaknya." – Christian Today melaporkan.
Kemudiannya, polis telah menahannya, tetapi tidak membuat dakwaan ke atasnya; dia diberi ubat-ubatannya dan dilepaskan, kata Wright. Pada hari Ahad, lelaki itu kembali ke gereja Wright dengan membawa berita: Dia ingin dibaptis. Dia ingin menyertai gereja Heal the Land.
"Dia memeluk saya, dan saya berkata, 'Terima kasih Tuhan,'" Wright mengingat kembali, "Dia berkata, 'Ianya mungkin jauh berbeza kesudahannya.'"
(Diterjemahkan oleh SDP daripada artikel NBC News bertajuk, "North Carolina Pastor Disarms Vet During New Year Service" penulisan Tim Stelloh bertarikh 3 Januari 2016)
(Diterjemahkan oleh SDP daripada artikel NBC News bertajuk, "North Carolina Pastor Disarms Vet During New Year Service" penulisan Tim Stelloh bertarikh 3 Januari 2016)