Artikel mengenai etnik KadazanDusun ini telah diposkan di Facebook oleh Leo De Onel pada 9 Januari 2016:
PECAHAN ETNIK KADAZANDUSUN
PECAHAN ETNIK KADAZANDUSUN
Suku KadazanDusun yang berada di Sabah telah terbahagi kepada
26 sub-Suku/etnik, dimana setiap Sub Suku mewakili satu daerah mahupun adat
tertentu di sesebuah kawasan.
Di bawah ini adalah pecahan oleh Suku kaum KadazanDusun ;
1. Dusun Bundu - mendiami Tamparuli, Tuaran, Ranau,Keningau,
Daerah Kecil Sook, Tambunan, Kota Belud,Penampang.
2. Dusun Liwan - Ranau, Tambunan, Keningau, Daerah Kecil
Sook, Tuaran, Kota Belud, dan Tamparuli
3. Dusun Tindal - Kota Belud, dan Kota Marudu
4. Dusun Tobilung - Kota Belud, Kota Marudu, Kudat dan ada
sebahagian yang berpindah dan berkahwin campur di daerah Inanam.
5. Dusun Lotud - Tuaran, dan Tampasuk Kota Belud
6. Dusun Kuriyou - Bingkor di daerah Keningau
7. Dusun Talantang - Kg.Mindohuon Lama,Kg.Ponulangan,
Kg.Tubau, Kg.Pudau, Kg.Kodop,Kg.Piasau, Kg.Nimabali, dan Kawiyan di daerah
Ranau,Kg. Bunga Raya Keningau, Sugut dan Kota Marudu(Ranau, Keningau, Sugut dan
Kota Marudu)
8. Momogun Rungus - Kudat, Pitas
9. Kadazan Labuk - Beluran dan Telupid
10. Kadazan / Tangaa - Penampang, Papar, Membakut
11. Dusun Mukin Kaingaran di daerah Ranau dan Kota Marudu
12. Dusun Kimaragang - Kota Marudu dan Pitas
13. Dusun Minokok - Kinabatangan, Tolupid, Tongod, Sook di Keningau
14. Dusun Sonsogon - Kota Marudu
15. Dusun Dumpas - Kinabatangan, Sugut dan Sandakan
16. Dusun Sukang - Tongod, dan Kinabatangan
17. Dusun Mangkaak - Kuamut, Koromuak
18. Dusun Sangau - Bukit Garam, Koromuak
19. Dusun Malapi - Tongod
20. Dusun Tindakon - Balat kawasan hilir Kinabatangan
21. Dusun Tompulung - Tongod
22. Dusun Sogoliton - Telupid
23. Dusun Paitan - Paitan
24. Dusun Tilau-Ilau - Tongod dan Beluran
25. Dusun Garo - Kota Marudu
26. Dusun Tinagas - Kundasang di Ranau (terdapat maklumat
bahawa suku ini pecahan dari suku Dusun Liwan)
Terdapat juga Suku yang dimana Bahasanya lebih mirip kepada Bahasa Murut tetapi Etnik ini juga menyatakan suku mereka dalam etnik Dusun
iaitu;
26.a). Dusun Gana - Apin-Apin Keningau
26.b). Dusun Tatana - Kuala Penyu.
Senarai suku KadazanDusun di atas adalah mempunyai struktur
bahasa dan tatabahasa yang boleh difahami oleh semua rumpun etnik Dusun,walaupun ianya terdapat perbezaan namun bahasa seharian yang di
pergunakan tidak lari dari segi struktur (asas) bahasa ibunda mereka iaitu
bahasa Dusun.
(Diambil daripada catitan Facebook Leo De Onel bertajuk "Pecahan Etnik KadazanDusun" bertarikh 9 Januari 2016)