Selasa, 1 Mac 2016

Blog domba2domba Mencapai 1,000,000 Pageviews Hari Ini!



Sebentar tadi blog domba2domba telah mencapai 1 juta pageview (paparan halaman)! Puji dan syukur kepada Tuhan, kerana tanpa-Nya segalanya tidak akan terjadi. Juga ucapan terima kasih kepada semua pembaca blog ini, tanpamu juga semuanya tidak bererti.

Jumlah pageview pada 1 Mac 2016

Beberapa fakta mengenai perkembangan terbaru ini:

a) 1 juta pageview ini telah dicapai dalam masa hampir 5 tahun. cuma sebulan sebelum ulangtahun ke-5 blog pada 9 April 2016.

b) Blog sudah berusia hampir 5 tahun tetapi angka 140,000 Visitors (Pengunjung) hanya mula direkod apabila Flag Counter diletakkan pada Januari 2013 (iaitu 3 tahun lalu). Oleh itu angka yang sebenar untuk Visitors sejak permulaan blog tidaklah diketahui.

c) Pembaca blog ini paling ramainya dari Malaysia, diikuti oleh Indonesia dan Amerika Syarikat.

d) Artikel-artikel yang paling popular di blog ini adalah seperti berikut:

1. Kesaksian Asmirandah, Artis Indonesia - 73,756 pageview.


Dan Mendengar Suara Tuhan - 21,651 pageview.

e) Sepertinya ada trend di mana artikel-artikel kesaksian dari Asia yang paling digemari oleh pembaca.

Terima kasih sekali lagi kepada semua pembaca blog ini. Saya berharap anda telah diberkati oleh artikel-artikel yang telah dimuatkan di sini. Saya berdoa dan berharap dapat memuatkan lebih lagi artikel-artikel yang menarik pada masa-masa akan datang. Segala pujian dan kesyukuran kepada Tuhan yang sentiasa memberi hikmat dan pertolongan-Nya!