Khamis, 3 Mac 2016

Tim Tebow - Tuhan Kita Besar, Dia Boleh Bekerja Melalui Kita Untuk Menjangkau Sejuta Atau Seorang

Tim Tebow berlutut dan berdoa sebelum perlawanan American football

Bekas bintang NFL dan kini penganalisa SEC, Tim Tebow percaya bahawa Tuhan mempunyai misi untuk setiap orang.

"Kita melayani Tuhan yang besar," Tebow memberitahu The State, "Dia mungkin ingin anda mengubah sejuta orang ataupun seorang." 

Tebow cukup bermujur untuk dapat melayani Tuhan dalam kedua-dua cara. 

Semasa dia bermain American football dengan Florida Gators, Tebow mengingati bagaimana dia akan menulis ayat-ayat Alkitab di tompokan hitam di bawah matanya. Dia bermula dengan Filipi 4:13  "Segala perkara dapat kutanggung di dalam Dia yang memberi kekuatan kepadaku." 

Tebow kemudiannya membuat keputusan mengubah ayat itu kepada Yohanes 3:16, "Kerana begitu besar kasih Allah akan dunia ini, sehingga Ia telah mengaruniakan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada-Nya tidak binasa, melainkan beroleh hidup yang kekal."

Semasa perlawanan akhir Kejuaraan BCS, di mana pasukannya mengalahkan Oklahama, orang ramai begitu ingin tahu mengenai apakah ayat itu sehingga 94 juta orang mencari ayat itu di Google sementara perlawanan itu berlangsung. 

Kemudian pada musim panas yang lalu, sewaktu Tebow dan kawan-kawannhya mengunjungi sel tahanan untuk tahanan-tahanan hukuman mati di penjara Florida untuk menyampaikan mesej Tuhan, dia bertemu dengan seorang tahanan yang telah membunuh seorang tahanan lain dan mengancam untuk membunuh dirinya juga.

Apabila Tebow mengetuk pintu sel tahanan itu dan melihat melalui tingkap, lelaki itu memberitahunya, "Kamu adalah orang Kristian."

"Ya, saya," Tebow menjawab, "Kamu tahu kenapa kami di sini? Untuk memberitahu kamu bahawa Tuhan mengasihi kamu."

Tebow terkejut apabila tahanan itu rebah ke lantai dan menangis. Tahanan itu kemudian memberitahu Tebow bahawa cuma beberapa minit sebelum itu, dia telah berkata dengan Tuhan  jika Tuhan tidak memunculkan diri pada ketika dan waktu itu di tempat itu, dia akan mencari jalan untuk menamatkan nyawanya. 

"Kita tidak selalu tahu bila Tuhan bekerja melalui kita," kata Tebow secara ringkasnya. 

Satu cara lain yang Tuhan berikan kepada Tebow untuk melaksanakan misi-Nya ialah melalui Yayasan Tim Tebow, yang membantu ibu bapa mendapat anak angkat dan membina hospital. dan banyak hal yang lain.

(Diterjemahkan oleh SDP dari artikel Christian Today bertajuk, "Tim Tebow On Doing Christian Mission: 'You Don't Always Know When God Is Working Through You'" penulisan Czarina Ong bertarikh 22 Februari 2016)