Sabtu, 5 Mac 2016

Ingat Mukjizat 5 Roti dan 2 Ikan? Ianya Terjadi Lagi Baru-Baru Ini!


Seth Barnes baru-baru ini memuatkan sesuatu yang menakjubkan di blognya Radical Living. Pasukan sukarelawannya di Lesvos, Greece sedang membantu memberi makanan dan pakaian kepada orang-orang pelarian yang melarikan dari Turki setelah membuat perjalanan yang merbahaya melalui Laut Mediterranea. 

Pasukan Barnes menghadapi cabaran untuk memberi makan kepada 400 orang pelarian yang lapar, tetapi hanya mempunyai makanan yang cukup untuk 200 orang sahaja. Salah seorang daripada anggota pasukan, Dayna Bickam, menceritakan apa yang berlaku selanjutnya:

"Kami melihat mukjizat berlipat gandaan yang sebenar malam tadi. Kami ada hampir 400 orang di blok kami di Moria malam tadi dan makanan yang cukup untuk memberi separuh daripada orang-orang di situ. 
Kami berdoa agar Yesus menyediakan dan bersyukur kepada-Nya kerana begitu mengasihi orang-orang ini. Kami mempunyai 7 dulang berwarna hitam mengandungi makanan. 
Masih ada lagi tiga dulang yang terlebih selepas kami selesai mengedarkan makanan. Orang-orang membawa kembali lagi kepada kami kotak-kotak makanan yang terlebih yang belum dibuka. Apabila kami mengambil kesemua dulang dan mula menyusunnya di luar, semuanya ada sepuluh dulang. Saya tahu bahawa Tuhanku berkuasa, Dia benar dan Dia baik." 

Dengan itu mereka telah memberi makan kepada 400 orang pelarian dengan tujuh dulang makanan (makanan yang cukup untuk 200 orang). Apabila orang-orang itu selesai makan, masih terbaki lagi 10 dulang. 

Tuhan kita masih melakukan mukjizat!

Tetapi Yesus berkata kepada mereka: "Tidak perlu mereka pergi, kamu harus memberi mereka makan." Jawab mereka: "Yang ada pada kami di sini hanya lima roti dan dua ikan." Yesus berkata: "Bawalah ke mari kepada-Ku." Lalu disuruh-Nya orang banyak itu duduk di rumput. Dan setelah diambil-Nya lima roti dan dua ikan itu, Yesus menengadah ke langit dan mengucap berkat, lalu memecah-mecahkan roti itu dan memberikannya kepada murid-murid-Nya, lalu murid-murid-Nya membagi-bagikannya kepada orang banyak. Dan mereka semuanya makan sampai kenyang. Kemudian orang mengumpulkan potongan-potongan roti yang sisa, dua belas bakul penuh. Yang ikut makan kira-kira lima ribu laki-laki, tidak termasuk perempuan dan anak-anak. (Matius 14:16-21)


(Diterjemah oleh SDP daripada artikel Church Leaders bertajuk, "Remember The Miracle Jesus Did With 5 Loaves And 2 Fish? It Just Happened Again!" penulisan Esther Laurie)