Selasa, 8 Mac 2016

10 Kesaksian Wanita Paling Popular Di Blog Ini

Oleh kerana hari ini ialah Hari Antarabangsa Wanita, saya telah memuatkan 10 artikel Kesaksian Wanita Paling Popular di blog domba2domba sejak mula blog hingga kini (senarai ini telah dikemaskinikan pada 8 Mac 2022)

Di antara kesaksian 10 wanita ini, artikel manakah kegemaran anda?


1. Asmirandah

Kesaksian mengenai Asmirandah pelakon sinetron popular di Indonesia telah menjadi viral di internet sejak diterbitkan. Ianya telah mendapat 76,881 pageview di blog ini sehingga kini.


2. Tracy Trinita

Kesaksian bekas supermodel Indonesia, Tracy Trinita, yang kini menjadi pastor juga telah menarik perhatian ramai. Artikel kesaksian telah mendapat 16,528 pageview setakat ini.

3. Kanae Miyahara

Kesaksian mengenai percintaan Kanae Miyahara dengan penceramah motivasi Nick Vujicic yang telah menambat hati pembaca. Ianya telah mendapat 14,694 pageview di blog ini sehingga kini.
4. Akiane Kamarik

Kisah anak gadis berusia 8 tahun, Akiane Kamarik yang melukis potret Yesus setelah mendapat penglihatan syurgawi sejak kecil. Artikel ini telah mendapat 7,906 pageview.
 

5. Annabel Beam 

Kisah anak kecil perempuan berusia 8 tahun, Annabel Beam yang bertemu Yesus setelah terjatuh dari pokok dan disembuhkan dari penyakit ususnya. Artikel ini mendapat 4,760 pageview.


6. Sari Simorangkir

Artikel mengenai lagu "Kaulah Rajaku" yang ditulis oleh penyanyi dan penulis lagu rohani Indonesia, Sari Simorangkir telah mendapat perhatian para pembaca. Ianya telah mendapat 3,366 pageview.
7. Darlene Zschech

Temuramah dengan Darlene Zschech, penyanyi dan penulis lagu rohani dari Hillsong, Australia. Darlene terkenal oleh lagu-lagu yang ditulisnya seperti "Shout to the Lord" (2,776 pageview).


8. Lizzie Velasquez

Kesaksian Lizzie Velasquez yang mengidap penyakit menyebabkannya tidak dapat menambah berat badan, berani menghadapi pelbagai cercaan hodoh (2,085 pageview).
0
9. Gabby Douglas

Kisah ahli gimnas muda Amerika Syarikat, Gabby Douglas yang berjaya meraih emas acara individu keseluruhan dalam acara gimnastik di Olimpik London 2012 (1,862 pageview).
10. Bethany Hamilton

Kisah Bethany Hamilton yang telah kehilangan lengan kirinya digigit jerung semasa berusia 13 tahun, bertunang dengan seorang pastor muda-mudi. Artikel mengenai pemudi gigih ini mendapat 1,576 pageview.


Begitulah senarai 10 kesaksian wanita paling popular di blog domba2domba selama lima tahun ini.