Etha bersama suaminya, Sidney dan ketiga-tiga anak mereka |
Setiap kali saya melayari Instagram, saya selalu terhenti dan tertarik dengan gambarnya, atau boleh saya katakan keperibadiannya? Dia mengiringi pos IGnya dengan gaya kejelitaan, keyakinan dan kecintaannya yang tersendiri. Cogan kata hidupnya ialah LIVE-LOVE-LAUGH. Manakala orang-orang lain meletakkan lebih tumpuan kepada yang luaran, dia lebih memaparkan kecantikan yang dari dalam. Pada kali ini, kita berbahagia dapat mempelajari daripada salah seorang yang terbaik, Etha Mohede.
Dia adalah seorang ibu sepenuh masa kepada tiga anak yang molek dan juga seorang wanita yang bekerja; dia adalah rakan kongsi kepada perniagaan doughnut paling popular di kota, Dough Darlings. Di bulan cinta ini di mana orang merayakan Hari Valentine sebagai satu kebiasaan dan sebagai satu jangkaan bila dan bagaimana seseorang melafazkan cinta, dia memberitahu kita apakah itu cinta sebenar dan selanjutnya. Dia juga mengizinkan kita melihat sejenak dalam hidupnya sebagai seorang wanita dan seorang ibu dan lebih lagi.
Adakah anda seorang yang tidur lewat atau bangun awal?
Saya seorang yang bangun awal.
Apakah perkara pertama yang anda lakukan bila bangun tidur?
Mencium bayi perempuan saya, Charis, dia di sebelah saya.
Menyebut tentang perkataan cinta, apakah yang kamu akan fikirkan?
Bagi saya, bila kita berkata mengenai kata LOVE, ianya mempunyai maksud yang besar. Cinta itu memberi dan cinta itu adalah Keluarga. Cinta itu ialah mengenal hati anda di tempat yang tepat. Cinta itu selalu bertahan dan akhirnya cinta itulah yang anda perlukan untuk memulakan hari anda. Cinta itu yang mejalinkan hubungan yang rapat antara kita dan itu termasuklah kawan-kawan dan keluarga-keluarga.
#KeluargaItuCinta, Kejujuran dan Keriangan.
Sebagai seorang wanita yang berpengaruh, apakah yang anda ingin katakan kepada anak-anak gadis di luar sana agar tidak melihat kekurangan yang ada pada mereka sebagai sesuatu yang mereka merasa segan?
Setiap orang adalah cantik dengan caranya yang tersendiri. Tidak ada seorangpun yang sempurna. Kita perlu bersyukur dan perlu belajar melihat lebih jauh dari ketidaksempurnaan kita. Sebab ada begitu banyak lagi yang dapat kita lakukan untuk mencapai potensi sebenar kita, jika kita mengfokus kepada apa yang dapat kita lakukan, daripada mengfokus kepada apa yang kita tidak dapat lakukan kerana kekurangan kita.
Kita perlu melihat diri kita dengan cara yang positif dan unik, ianya akan membantu membuka mata kita untuk melakukan lebih banyak lagi dalam hidup dan dengan cara itu kita boleh menjalani hidup kita ke tahap potensi yang maksima.
Sebagai seorang ibu muda, bagaimanakah anda merayakan cinta?
Cara saya merayakan cinta ialah dengan meluangkan MASA dengan orang-orang yang disayangi. Masa untuk diluangkan bersama suami, anak-anak, keluarga-keluarga dan kawan-kawan saya adalah perayaan yang selengkapnya bagi saya.
Bahagian yang anda paling gemari sebagai seorang wanita dan seorang ibu?
Bahagian yang saya paling gemari sebagai seorang wanita ialah kebolehan untuk menjadi hamil, mengandung dan melahirkan kesemua anak-anak saya. Samada ianya adalah pilhan peribadi anda untuk melakukannya dalam hidup, ianya adalah sesuatu yang mengkagumkan bila difikirkan.
Menjadi seorang ibu pula, tidak ada apa pun yang menghasilkan sukacita atau hati terluka seperti peranan seorang ibu. Saya tidak dapat membayangkan menjalani hidup tanpa merasakan pasang surut perasaan itu. Ada hari-harinya yang begitu indah dan saya merasa sukacita yang curah melimpah. Ada hari-harinya saya rasa ingin melarikan diri dan mempersoalkan setiap keputusan yang pernah saya buat. Merasakan semua itu, baik atau buruk, memberikan tujuan dalam hidup saya.
Bahagian terbaik menjadi seorang ibu adalah kasih yang tidak bersyarat yang anda dapat daripada mereka. Tidak kira bagaimana penampilan anda atau apa saja pakaian yang anda pakai, anda masih Ibu. Itulah ukuran paling ekstrim mengenai kewujudan.
Sebagai seorang wanita, kadang-kala kita tidak dapat menafikan bahawa kita tidak merasa hebat mengenai diri kita dalam apa yang kita lakukan atau apa yang kita ingin capai, bagaimanakah anda dapat mengatasi itu?
Ya, itu perasaan yang biasa sebagai seorang manusia, dan kadang-kala saya juga memikirkan diri saya seperti itu, tetapi saya bersyukur untuk suami saya, kawan-kawan dan keluarga yang selalu mempercayai dan menyokong saya. Dorongan merekalah yang paling penting bagi saya. Siapa saya sekarang adalah kerana mereka. Jika anda melihat saya sebagai seorang yang berpengaruh, ianya semuanya kerana mereka. Itulah sebabnya kita perlu bersyukur untuk keluarga kita dan memilih sahabat dengan bijak. Milikilah jaringan hubungan yang baik.
Apakah fesyen kegemaran anda dalam perjalanan seharian?
Saya fikir saya wanita yang suka ringkas, mudah dan minima. Seluar pendik, baju T dan selipar adalah pilihan seharian saya.
Apakah rahsia anda untuk seimbangkan kehidupan sebagai seorang ibu dengan segala hal yang lain?
Saya fikir dalam segala sesuatu, hidup itu umpama skala. Anda perlu seimbangkannya. Saya tahu bahawa menjadi seorang ibu yang bekerja boleh membawa kepada perasaan bersalah dan stres oleh kerana tumpuan yang terbahagi di antara kerja dan keluarga. Kuncinya ialah untuk memberi fokus kepada suatu rancangan, mengatur diri, dan mencari suatu keseimbangan di antara pekerjaan dan peranan sebagai ibu bapa. Meletakkan keutamaan adalah perkara yang terpenting. Walaupun kita berjauhan, carilah jalan untuk berhubungan. Syukurlah kerana ada teknologi. Kita boleh berkomunikasi melalui telefon, FaceTime, ataupun menghantar pesanan suara.
Kita percaya bahawa masih terdapat ramai wanita-wanita yang masih single, dan masyarakat memandang bahawa menjadi single adalah perkara yang buruk, bagaimanakah pandangan anda mengenai ini?
Saya percaya segala sesuatu ada masanya dan ianya selalu akan menjadi sempurna. Saya tidak fikir bahawa menjadi single adalah sesuatu yang buruk. Anda tidak perlu tergopoh-gapah untuk sesuatu yang anda belum bersedia semata-mata untuk membuktikan sesuatu kepada orang lain. Apabila Tuhan tahu bahawa anda sudah bersedia untuk tangunggjawab berkomitmen, orang yang tepat akan muncul dalam keadaan yang tepat. Jadi tunggulah dengan kesabaran! Daripada mengfokus kepada hal-hal yang negatif, kenapa tidak melihat kedudukan single anda sebagai kesempatan mempelajari lebih banyak, mendapat lebih pendedahan dalam pekerjaan, persahabatan dan dalam jaringan pergaulan. Saya yakin bahawa pada suatu hari, teman yang cocok akan muncul di hadapan pintu anda!
Bagaimanakah anda telah bertemu dengan suami anda?
Wow... Itu kisah yang panjang... Tetapi kami telah bertemu melalui emel jarak jauh. Dia yang mula emel kepada saya dan memperkenalkan dirinya!
(Diterjemahkan oleh SDP daripada artikel Rising Belles bertajuk, "Love At Its Best" bertarikh 9 Februari 2016)