Syiling emas 24 karat ini yang telah diperbuat pada 107 Tahun Masihi dan memaparkan wajah Maharaja Augustus telah ditemui dan diserahkan kepada Pihak Berkuasa Antik Israel |
Yerusalem (CNN) – Objek yang berkilat itu hanya terletak di situ di atas rumput, menanti untuk ditemui. Ianya syiling emas berusia 2,000 tahun dengan wajah seorang maharaja Rom, begitu jarang ditemui sehingga hanya satu syiling lain yang sedemikian diketahui wujud.
Laurie Rimon menjumpai syling emas itu semasa mengembara berjalan kaki di Galilea timur baru-baru ini, tidak jauh daripada tapak alkitabiah di mana telah tertulis bahawa Yesus berjalan di atas air dan melakukan mukjizat berlipat gandaan roti dan ikan. Rimon, dari sebuah kibbutz (penempatan perladangan) di utara Israel menyerahkannya kepada Pihak Berkuasa Antik Israel. Ianya merupakan mukjizat yang kecil bagi dirinya.
"Tidaklah mudah untuk berpisah dari syiling itu," dia berkata. "Tentu saja bukan setiap hari seseorang akan menjumpai objek yang mengkagumkan ini, tetapi saya berharap ianya akan dipamerkan di sebuah muzium di masa hadapan."
"Syiling ini sangat jarang ditemukan di peringkat global," kata Dr. Danny Syon, seorang pakar syiling dengan Pihak Berkuasa Antik Israel.
Syiling itu menunjukkan wajah Maharaja Augustus, waris Kaisar dan pengasas Empayar Rom. Augustus memerintah dari tahun 27 Sebelum Masihi sehingga 14 Tahun Masihi, semasa waktu Yesus. Pada 107 Tahun Masihi, Maharaja Trajan telah mencetak satu siri syiling untuk memperingati maharaja-maharaja Rom yang telah memerintah sebelum dirinya, menurut Donald Ariel, ketua kurator, bahagian syiling di Pihak Berkuasa Antik Israel. Syiling emas ini telah dijadikan sebagai penghormatan kepada pemerintahan Augustus. Ianya merujuk kepadanya sebagai "Divus Augustus," atau Agustus yang Ilahi, yang Ariel katakan dianggap sebagai dewa selepas kematiannya.
Penemuan pengembara itu telah menimbulkan suatu misteri, Mengapakah terdapat syiling yang begitu berharga di sekitar Laut Galilea?
"Ianya satu-satunya syiling yang kita ketahui untuk tapak di mana ianya ditemukan di Galilea timur. Galilea timur adalah tempat yang kita tidak tahu banyak perihal jangka waktu itu," kata Ariel.
Syiling itu adalah terlalu berharga untuk kegunaan harian, seperti menggunakan $100 untuk membeli satu paket gula-gula getah. Peniaga-peniaga biasa di wilayah Rom kemungkinan tidak akan ada duit tukar untuk syiling yang begitu berharga tinggi ini, kata Ariel. Ianya mungkin sebahagian daripada upah untuk seorang askar Rom, Ariel memberikan hipotesisnya, yang telah ditugaskan di kawasan itu untuk menghentikan pemberontakan Bar Kochva, suatu tindakan Yahudi terhadap pihak Rom. Pemberontakan itu mempunyai penyokong di kawasan Galilea, kata Ariel, dan askar-askar itu mungkin ditempatkan di situ untuk menjaga keamanan.
"Bila kita menemukan satu syiling, kita tidak mudah untuk mendapat gambaran apa yang telah terjadi. Biasanya kita tidak menemukan syiling di permukaan tanah, jadi kita mula membayangkan dan memikirkan apa yang telah terjadi," kata Ariel. Syiling-syiling tembaga dan perak buatan Trajan adalah perkara biasa di wilayah itu, tetapi syiling-syiling emasnya adalah sangat jarang ditemui, katanya.
Hanya satu syiling lain yang seperti itu pernah ditemui, menurut Pihak Berkuasa Antik Israel. Syiling itu, dengan gambar Maharaja Augustus yang diperbuat oleh Maharaja Trajan, dipamerkan di Muzium British.
Kini ada sudah kembarnya.
Video: Pengembara Jumpa Syiling Emas Berusia 2,000 Tahun Di Israel
(Diterjemahkan oleh SDP daripada artikel CNN bertajuk, "Hiker Finds Rare Gold Coin In Israel" penulisan Oren Liebermann bertarikh 14 Mac 2016)