Rabu, 16 Mac 2016

"Miracles From Heaven": Kisah Benar Mengenai Perjalanan Menakjubkan Seorang Anak Kecil Perempuan Ke Syurga


"Miracles From Heaven" adalah sebuah filem kisah benar yang "menakjubkan" mengenai iman dan kasih dalam perjalanan ajaib seorang anak kecil perempuan ke syurga dan kembali lagi. 

Filem itu menceritakan kisah Anna Beam berusia sembilan tahun yang telah jatuh sejauh 30 meter dengan kepala menghala ke bawah dari sebatang pokok, tetapi hanya mengalami luka-luka dan calar-calar yang sedikit, menurut Rusty Wright dalam ulasan filemnya bagi Assist News Service. 

Anna Beam yang berusia 9 tahun
ketika kemalangan jatuh dari pokok
Anna telah dihantar dengan segera ke hospital tetapi telah diizinkan pulang pada hari keesokannya. Tambah lagi, penyakit kronik yang mengancam nyawanya  yang dipanggil pseudo-obstruction motility disorder  telah lenyap.

"Bayangkan anda berumur 9 tahun dan tubuh anda tidak dapat memproses makanan dan minuman dengan betul," kata Wright mengenai penyakit yang dulu dialami oleh Anna. "Anda terpaksa bertahan mengharungi berkali-kali lawatan perubatan, menghuni di hospital, dijarum, dimasukkan tiub, diambil darah, kesakitan. Tidak ada rawatan yang diketahui wujud untuk penyakit itu."

Walaupun Anna biasanya optimis, beban penyakitnya kadang-kala terasa terlalu berat untuk ditanggung. Pada satu tahap, dia sampai memberitahu ibunya, Christy (dilakonkan oleh Jennifer Garner dalam filem itu), "Emak... saya hanya ingin mahu mati dan pergi ke syurga dan berada bersama Yesus di mana tidak ada kesakitan."

Keadaan bertambah teruk apabila Anna terjatuh daripada pokok itu. Keluarga Beam tidak menyangka bahawa kejatuhannya itu yang membawa penyelamatan baginya. 

"Saya telah pergi ke syurga apabila saya jatuh ke dalam pokok itu," Anna memberitahu ibu bapanya. "Saya duduk di pangkuan Yesus." Anak gadis itu juga berkata seorang malaikat telah memancarkan suatu sinaran yang terang sambil dia menunggu diselamatkan dari dalam pokok.

Ibu bapanya keberatan untuk menerima cerita anak perempuan mereka, sehingga mereka mengambil nota mengenainya untuk memeriksa samada ceritanya konsisten. 

Wright berkata Anna menyampaikan kisahnya dengan kejujuran kerana dia sembuh secara ajaib daripada penyakit kroniknya. 

"Jejak bukti kisah (pengalaman hampir mati) Anna adalah lebih kukuh berbanding yang lain," kata Wright. "Anna telah mula menceritakan bahagian-bahagian daripada pengalaman syurgawinya sehari selepas kejatuhannya dari pokok, dan seminggu kemudian di televisyen tempatan, dan lagi beberapa bulan kemudian kepada Christy."



(Diterjemahkan oleh SDP daripada artikel Christian Today bertajuk, "'Miracles From Heaven': A True Story About A Girl's 'Astonishing' Journey To Heaven And Back" penulisan Czarina Ong bertarikh 12 Mac 2016)